NewSale

Set Omar & Hana : Islamik

Set buku ini merupakan buku-buku berkaitan Islam seperti Rukun Iman, Rukun Islam, Solat 5 Waktu, Ramadan & Syawal. Si cilik pasti akan seronok untuk baca dan banyak aktiviti menarik dalam setiap buku. Setiap judul ada aktiviti seperti menulis, mewarna, menggunting dan menampal dapat membantu kemahiran motor halus kanak-kanak.

Set buku ini ada 5 Judul:

1- Buku Aktiviti Rukun Iman bersama Omar & Hana

Buku aktiviti Rukun Iman ini mengandungi pelbagai aktiviti menarik mengenai Rukun Iman. Buku aktiviti ini adalah salah satu cara untuk mengajar kanak-kanak memahami Rukun Iman dengan cara mudah dan menyenangkan.
 
2- Buku Aktiviti Rukun Islam bersama Omar & Hana
 
Buku aktiviti Rukun Iman ini mengandungi pelbagai aktiviti menarik mengenai Rukun Iman. Buku aktiviti ini adalah salah satu cara untuk mengajar kanak-kanak memahami Rukun Iman dengan cara mudah dan menyenangkan.
 
3- Buku Aktiviti Solat 5 Waktu bersama Omar & Hana
 
Buku aktiviti Solat 5 Waktu ini mengandungi pelbagai aktiviti menarik mengenai solat yang wajib dilaksanakan. Buku aktiviti ini adalah salah satu cara untuk mengajar kanak-kanak memahami mengenai perihal solat dengan cara mudah dan menyenangkan.
 
4- Ramadan bersama Omar & Hana

Sempena bulan Ramadan, Omar & Hana mengajak kawan-kawan belajar mengenai bulan Ramadan. Buku ini mengandungi Info-info berkenaan bulan Ramadan dengan aktiviti yang menarik sebagai ulang kaji di bulan Ramadan. Anak- anak juga boleh menggunakan senarai semak Ramadan untuk memastikan setiap amalan di bulan Ramadan terlaksana dengan cemerlang.
 
5- Syawal bersama Omar & Hana

Sempena bulan Syawal, Omar & Hana mengajak kawan-kawan belajar mengenai bulan Syawal. Buku ini mengandungi Info-info berkenaan bulan Syawal dengan aktiviti yang menarik sebagai ulang kaji di bulan Syawal. Anak- anak juga boleh menggunakan senarai amalan sunat untuk memastikan setiap amalan di bulan Syawal terlaksana dengan cemerlang.

 

In stock
SKU
OHISLAMIK
Now Only RM 42.50 Regular Price RM 50.00
More Information
Publisher Karya Bestari
Write Your Own Review
Only registered users can write reviews. Please Sign in or create an account