NewSale

Sempurnakan Aku

Kata orang cinta itu boleh dipupuk, disemai agar bercambah dalam hati. Tapi tak semudah itu bagi Hazreen. Hakimi bukan pilihan hati dan rasa cinta itu tak pernah kunjung tiba meskipun sudah puas menunggu. Yang peliknya, bagaimana dia boleh setuju saat mereka hendak ditunangkan dahulu?  
 
Ashril pula, lelaki berlagak yang tak sudah-sudah cari pasal dengan Hazreen. Lelaki itu bagaikan magnet yang kadangkala berkutub selatan, dan ada masanya berkutub utara. Tak pasti apa yang lelaki itu mahukan selain hanya pandai mencari gaduh. 
 
Namun di sebalik semua itu, ada rasa rindu yang diheret saban waktu. Ada rasa cinta yang semakin berdenyut-denyut. Perasaan Ashril makin gawat. Rindu makin sarat. Dia tidak boleh berputus asa.    
 
 “Dah bertahun-tahun saya pendam perasaan ni. Awak ingat senang nak terima orang yang kita cintai bertunang dengan orang lain? Sakit, awak tau tak?” -Ashril
 
 “Kau tak kenal Ashril seperti aku kenal dia. Ashril tu nampak aje baik, tapi sebenarnya dia tu jahat.” -Hazreen
 
Orang cakap, jangan benci sangat nanti terjatuh sayang. Jodoh itu urusan ALLAH. Maka tak perlu Hazreen pening kepala memikirkannya. Lalu, di landasan manakah cinta mereka? Laluan paling manis umpama aiskrim atau laluan amat menyakitkan bak migrain?
In stock
SKU
978-967-86-0930-2
Now Only RM 23.80 Regular Price RM 28.00
More Information
Publisher Alaf 21
Write Your Own Review
Only registered users can write reviews. Please Sign in or create an account