New-15%

Rose of Orient

Mengisahkan pemilik baru banglo House of Ophelia setelah bangunan itu terbakar dalam Sumpahan Ling Chi dan terowong di bawahnya menjadi sarang pemuja syaitan dalam Ophelia.

Banglo itu kini diberi nama Rose of Orient.

Kisah kali ini mendedahkan bagaimana hukuman ngeri Ling Chi berlaku semula di terowong banglo itu setelah beberapa calon pekerja diambil bekerja di banglo itu. Juga kejadian tragis yang menimpa beberapa kontraktor semasa kerja baikpulih di banglo itu.

ISBN: 978-967-498-034-4



PENULIS: S. KAUSARI

In stock
SKU
978-967-498-034-4
Now Only RM 22.10 Regular Price RM 26.00

Rahsia kegelapan akhirnya terbongkar! Banglo House of Ophelia telah diberi nama baru sebagai Rose of Orient setelah dibeli oleh seorang wanita elit bernama Doris Ong.

Kejadian aneh dan orang hilang bermula semula. Inspektor Sabirin yang baru pulang dari selatan Thailand telah berhadapan dengan kes orang hilang ini.

Elyas Khusairi yang berada di China untuk penggambaran filem Sumpahan Ling Chi cuba menyiasat rahsia di sebalik sumpahan ke atas pisau hukuman ling chi itu. Inspektor Sabirin terpaksa meminta khidmat kumpulan Xtreme Parahunters (XTPH) untuk mencari laluan alternatif ke dalam terowong di bawah banglo itu bagi membuktikan kejadian hukuman ling chi telah bermula semula.

“Tak ada yang dapat menamatkan sumpahan ni selagi darah kau dan aku tak bersatu.” - XIAO LI “Itulah kehidupan.

Pertarungan antara mengikuti jalan TUHAN atau jalan syaitan.” - SABIRIN “Kau dah dipermainkan oleh puaka tu.

Kalau kau tersilap langkah, kau jugak akan terjebak dalam perangkap dia.” - JADE

More Information
Publisher Buku Prima
Write Your Own Review
Only registered users can write reviews. Please Sign in or create an account