Sale

Projek Seram - Restroom

Jalan Kematian – Akma Saidon
Pilihlah... aku beri kau dua pilihan. Satu demi satu ahli kumpulan Geng Berlima ditemui mati di dalam tandas di Kem Serikandi. Semuanya terjadi apabila mereka menyumbat salah seorang serikandi Kem Serikandi di dalam tandas di kawasan larangan kem itu. Apa kaitannya kematian ahli Geng Berlima dengan serikandi yang menjadi mangsa kenakalan mereka? Mengapa kematiannya mesti berlaku di tandas?

Seriau – Aziah Zainal
Jangan biar ia mengawasi diri! Mak Andak tidak disenangi oleh penduduk Kampung Serumpun sejak dulu lagi kerana mengamalkan ilmu hitam. Tiada siapa yang mampu menghalau Mak Andak dari kampung itu. Sehingga terjadi satu kemalangan yang menyebabkan Sarah terpaksa pulang ke kampung itu dan membawa Salina bersamanya. Sarjan Khalil yang mendapat laporan mengenai kehilangan binatang ternakan di Kampung Serumpun menjadi hairan apabila semakin dia membuat siasatan semakin dia merungkai misteri kisah Mak Andak.

Dendam Seri - Fazrin Fauzi
Tiada yang mampu menangkis dendam selain korban nyawa. Kemunculan Seri sejurus selepas pintu tandas yang sudah lama terkunci itu dibuka membawa kepada pelbagai kejadian aneh. Hampir setiap hari kehidupan di asrama SMK Mayang Sari diselubungi misteri. Beberapa nyawa juga telah menjadi korban dendam kesumat. Keadaan semakin teruk apabila ada nyawa yang bakal diragut di dalam tandas tersebut. Nyawa keturunan terakhir yang telah ditunggu-tunggu hampir bertahun. Darah harus berganti darah. Nyawa perlu berganti nyawa.

 

In stock
SKU
978-967-446-272-7
Now Only RM 23.80 Regular Price RM 28.00
More Information
Publisher Buku Prima
Write Your Own Review
Only registered users can write reviews. Please Sign in or create an account

No Related Posts

Free Shipping

Free Shipping

For order above RM150
(Peninsular Malaysia only)

Worldwide Shipping

Worldwide Shipping

Order with us with reasonable postage charge

VIP Card

VIP Card

Be our VIP member to get 20% off