Sale

Realiti Gerakan Sufisme

Kesesatan aliran sufi kian menular. Menjadi kewajipan para pendakwah menentang golongan ini.
In stock
SKU
978-860-294-5
RM 3.00
Amat menyedihkan apabila segelintir umat Muhammad s.a.w tidak mengenang jasa dan usaha baginda bersama-sama para sahabat yang sanggup menggadai nyawa dan tenaga semata-mata membasmi amalan syirik dan khurafat di atas muka bumi ini. Justeru, para pendakwah tidakboleh berdiam diri apabila melihat kesesatan yang dibawa oleh aliran sufi yang mana ia menular dengan cepat ke seluruh Negara Islam. Terutamanya di Mesir, Syiria, Monaco, Afrika, India dan tidak ketinggalan meresap masuk ke Negara kita. Sama ada mereka ini beraliran Rifa’I Tijaniah, Ahmadiyah, Qadariah, Burhamiyah, Syaziliyyah, Khattaniyyah, Ja’afariyyah, Darwaqees atau Naqshabandiyyah, kesemuanya membawa kebatilan dan kesesatan. Sudah menjadi kewajipan setiap muslim terutama ilmuan dan para pendakwah menentang habis-habisan mereka yang menentang syariat Islam tidak kira sama ada golongan komunis, sufi, atheis, penyembah kubur dan lain-lain lagi.
Write Your Own Review
Only registered users can write reviews. Please Sign in or create an account