Malaysia #QuranTime & MY #QURANTIME

 

Malaysia #QuranTime merupakan sebuah cetusan program yang diinisiatifkan di bawah naungan JAKIM dengan kerjasama TV ALHIJRAH, ketika bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan ujian pandemik Covid-19 yang melanda negara.

Program ini di tambahbaik dengan musim baru dikenali sebagai MY #QURANTIME. MY #Qurantime adalah usaha membawa kempen berinteraksi dengan al-Quran selama 1 jam sehari, 365 hari setahun terus kepada individu, keluarga, organisasi, komuniti, negara dan di peringkat global.

Program ini ditayangkan di saluran TV ALHIJRAH dan secara online di platform Sinar dan FB My #QuranTime pada jam 12 hingga 1 tengah hari setiap hari untuk 604 episod yang mengupas ayat-ayat melalui Bacaan al-Quran, Tadabbur dan Tazakkur setiap halaman al-Quran sehingga khatam 114 surah.

Para penonton dibimbing melalui panduan daripada al-Quran yang menekankan aspek Aqidah, Syariat dan Akhlak. Skop kajian perbincangan adalah didasarkan kepada rujukan Kitab Yusuf Al Qardhawi - Tsaqafah Ad Daiyyah, yang menyentuh 6 Disiplin Dakwah daripada aspek al-Quran & As Sunnah, sejarah, pengetahuan bahasa dan kesusasteraan, psikologi dan sosiologi, sains hayat dan fizik, dan isu semasa.

Program ini dihidangkan dalam bahasa yang mudah dan santai untuk kefahaman orang awam di peringkat permulaan pembelajaran al-Quran. Bermula dari sini, diharapkan para penonton dan pelayar memanfaatkan al Quran dengan resolusi yang terhasil, dan pengajian al-Quran disambung ke peringkat yang seterusnya.

 

Wakaf al Quran Untuk Ummah

Kempen Berinteraksi dengan al-Quran Baca, Faham dan Amal adalah bermatlamatkan penghasilan “keystone habit” Quran, Solat dan Infaq (QSI). Untuk itu, Projek Wakaf al-Quran untuk Ummah telah dilancarkan mulai April 2020 melalui platform Malaysia #QuranTime.

Program Wakaf Fasa 1 bermula dengan penyampaian wakaf al-Quran oleh orang ramai kepada Hospital, Pusat Kesihatan, Pusat Kuarantin, diikuti Fasa ke-2 di mana al-Quran disampaikan kepada barisan hadapan seperti Polis, Angkatan Tentera, Imigresen, Kastam, Bomba, AADK dan lokasi-lokasi lain yang bersesuaian.

View as Grid List

3 Items

per page
Set Descending Direction
View as Grid List

3 Items

per page
Set Descending Direction