New-15%

PUAKA KERUSI ANTIK


ISBN: 978-967-498-001-5

HALAMAN: 416
KELUARAN: FEBRUARI 2019

In stock
SKU
978-967-498-0115
Now Only RM 22.10 Regular Price RM 26.00
Kehidupan Norliesa mula tidak tentu arah setelah kematian ketiga-tiga anaknya. Bagi Norliesa, kehilangan ketiga-tiga zuriatnya itu berpunca daripada anak bongsunya, Nurul Shafiqah. Shafiqah disisihkan oleh ibunya sendiri. Keadaan itu membuatkan Lutfi selaku suami Norliesa dan ayah kepada Shafiqah hidup dalam dilema. Pada waktu yang sama, Shafiqah yang sedang menuntut di sebuah kolej mula berhadapan kejadian misteri. Seorang demi seorang rakan serumahnya hilang tanpa jejak. Hidup Shafiqah mula tidak tenteram dan sering diganggu kejadian aneh sepanjang menyewa di rumah batu berhampiran kawasan kolejnya itu. Jiwa Lutfi terus diasak rasa serba salah apabila Romeor, rakan lamanya meminta pertolongannya untuk menilai barang-barang antik di Melaka. Lutfi menerima kejutan setelah mengetahui punca kehilangan salah seorang pekerja kedai barangan antik itu. Mainan jiwa Norliesa, misteri yang menyelubungi Shafiqah dan kejutan yang diterima Lutfi saling berkait. Tanpa disangka, kejadian buruk yang pernah menimpa Lutfi sekeluarga kini kembali menghantui. Lebih parah, Shafiqah yang dituduh penyebab kematian abang dan kakaknya menjadi taruhan. Mampukah Lutfi dan Norliesa menyelamatkan nyawa satu-satunya anak mereka?
Write Your Own Review
Only registered users can write reviews. Please Sign in or create an account