Projek Seram - Telaga

SINOPSIS TAMAN BUKIT TELAGA - NOORFADZILLAH

KEMATIAN tunang Hazami secara misteri mendapat tamparan hebat bagi seluruh ahli keluarga. Laporan forensik juga menunjukkan tidak ada sebarang tanda penyakit serius. Hazami nekad untuk menyiasat sendiri punca kematian tunangnya. Pencarian bermula dari sebuah taman perumahan. Dengan bantuan kawan baiknya iaitu seorang anggota polis, penduduk di taman itu banyak menyimpan rahsia yang tidak diketahui oleh dunia luar. Menurut sumber yang dipercayai, mereka mengamalkan amalan paganisme. Semuanya berpunca daripada telaga tua di tengah hutan. Tanpa disangka, ada rahsia besar dan bahaya sedang menanti Hazami.

CAPTION: Syaitan disembah, manusia terjerat. Sekali terjebak, selamanya terikat.

SINOPSIS 7 PERMINTAAN - S. KAUSARI

Azhan bertemu seorang lelaki misteri di sebuah warung berdekatan dengan telaga itu. Lelaki itu bercerita tentang telaga yang boleh memperkenankan hajat. Pada mulanya, dia skeptik dengan keajaiban telaga itu, tapi akhirnya dia percaya selepas melihat satu demi satu impiannya tercapai. Apabila kegilaan menguasai, dia ingin menghidupkan kembali keluarganya yan sudah mati. Peristiwa ngeri berlaku setelah keluarganya muncul kembali.

CAPTION: Hajat kau akan ditunaikan... dengan harga yang perlu kau bayar!

SINOPSIS: MISTERI PEKAN TELAGA HITAM - RIZAL RAMLI

Kehadiran sekumpulan remaja di Pekan Telaga Hitam untuk melakukan aktiviti paranormal mengundang rasa kurang senang ‘penduduk asal’ di pekan itu. Keterujaan mereka untuk merungkai misteri di banglo tinggalan zaman Jepun itu akhirnya membawa padah. Seorang demi seorang menjadi korban!

CAPTION:  “Kau akan hidup kekal abadi dengan aku...”

PEMBELIAN KOMBO NOVEL PROJEK SERAM FLAT DAN TELAGA AKAN MENERIMA BEG EKSKLUSIF DAN STIKER DARI BUKU PRIMA (UNTUK 200 PEMBELI TERAWAL).                                                              

                                                                    

In stock
SKU
978-967-498-085-6
RM 29.00
  • Buy 20 for RM 23.20 each and save 20%
  • Buy 100 for RM 21.75 each and save 25%

JUDUL: PROJEK SERAM TELAGA

PENULIS: NOORFADZILLAH, S.KAUSARI & RIZAL RAMLI ISBN: 978-967-498-085-6

HALAMAN: 436 HARGA: RM29

KELUARAN: OKT 2022

More Information
Publisher Buku Prima
Write Your Own Review
Only registered users can write reviews. Please Sign in or create an account
Free Shipping

Free Shipping

For order above RM150
(Peninsular Malaysia only)

Worldwide Shipping

Worldwide Shipping

Order with us with reasonable postage charge

VIP Card

VIP Card

Be our VIP member to get 20% off