Sale

Projek Seram - Hutan

YAKSHA - FAIZUL RAHIM
Sejak kawan baiknya Roslee meninggal dunia, sikap dan perilaku Azmi berubah 180 darjah. Daripada suami dan ayah yang penyayang Azmi berubah menjadi seorang perengus. Keadaan semakin bertambah parah apabila seorang lagi rakannya meninggal dunia. Sejak itu juga dia sering dibayangi ketakutan yang tidak diketahui daripada mana puncanya, rakan-rakannya satu persatu bangkit menuntut pembelaan dari Azmi. Azmi terpana, dia tidak tahu bagaimana untuk bertindak. Dia bimbang, andai gilirannya tiba. Adakah mampu untuknya bersyahadah? 
 
 “SETIAP YANG BERNYAWA ADA JIWANYA”
 
SUARA HUTAN - SUFI ABQARI
Amirul dan Mika bersahabat baik. Ramai yang maklum akan keakraban mereka. Namun, realiti sebenar terbongkar ketika mereka membawa Zack melancong ke Royale Belum. Zack merupakan seorang penyanyi yang mahu mencari ketenangan setelah mengalami masalah pada peti suara. Kengerian bermula sebaik sahaja mereka  mendengar suara hutan dan kemunculan bunga harum sundal malam.  Satu per satu perkara ganjil dan kecelakaan berlaku. Siapakah Tijah yang dirantai dan dikurung di sebuah pondok di dalam hutan itu? Adakah Mika dan Amirul masih saling mempercayai? Apakah motif sebenar Zack?
 
 ‘MAUT MENJEMPUT TATKALA MENDENGAR SUARAKU’
 
PUAKA HUTAN BRINCANG - JULIE JASMIN
Mizan baru pulang dari cuti semester akhir tahun universitinya. Dia gemar berjoging dan berbasikal di kawasan berhampiran Hutan Brincang. Mizan mengalami satu kemalangan kecil di mana basikal yang dinaikinya tergelincir ke jurang kecil di tepi hutan. Dia mengalami kecederaan dan sesat di dalam hutan. Kehilangan Mizan mula dicari keluarganya. Tiba-tiba Mizan muncul dengan kaki berbalut di hadapan rumah pada petang itu. Kepulangan Mizan membawa bersamanya satu rahsia yang bakal terungkap. Mizan dirasuk dan tidak sedarkan diri. Selama semalaman dia pengsan dan bermimpi berada dalam situassi di mana pembunuhan yang ngeri telah berlaku.
 
In stock
SKU
978-967-498-055-9
Now Only RM 20.40 Regular Price RM 24.00

JUDUL: PROJEK SERAM HUTAN

PENULIS: FAIZUL RAHIM, SUFI ABQARI, JULIE JASMIN
ISBN: 978-967-498-055-9
MUKASURAT: 400
 
More Information
Publisher Buku Prima
Write Your Own Review
Only registered users can write reviews. Please Sign in or create an account
Free Shipping

Free Shipping

For order above RM150
(Peninsular Malaysia only)

Worldwide Shipping

Worldwide Shipping

Order with us with reasonable postage charge

VIP Card

VIP Card

Be our VIP member to get 20% off