Sale

Projek Seram - Guard

PENULIS: AKMA SAIDON, SUZANI NADZIR, JULIE JASMIN
HALAMAN: 396

Mulan dan Jamila dipindahkan untuk mengendali segmen Mess of Mystery setelah dua dari rakan sekerja mereka berhenti. Menjadikan kisah kehilangan seorang gadis bernama Natalya sebagai kisah pertama yang akan diketengahkan, mereka berdua seringkali menghabiskan masa di Bilik Rekod hingga melebihi jam bekerja. Semenjak mengendalikan kisah itu, mereka mula didatangi jelmaan seorang perempuan meminta tolong hinggalah mereka dipertemukan dengan seorang pengawal keselamatan bernama Adam.

“Ada semangat yang telah dihidupkan kembali...” / NATALYA

Gara-gara kegawatan ekonomi, Zarul mencuba nasib sebagai pengawal keselamatan di sebuah syarikat perumahan. Pertemuan pertama dengan Fazli merupakan detik bermulanya gangguan di dalam hidup Zarul. Kejadian aneh berlaku bertimpa-timpa, memaksa Zarul untuk terus kuat demi mencari sesuap nasi. Sehingga suatu hari, penemuan yang mengejutkan membongkar segala misteri yang membelenggu hidup Zarul sepanjang menggalas tanggungjawab sebagai pengawal keselamatan di tapak projek Banglo Bayu. Siapakah Fazli sebenarnya?

“Pabila dendam menjadi raja.” / BANGLO BAYU

Sharul didapati hilang dan sudah tiga hari tidak pulang ke rumah. Kehilangannya telah mendatangkan banyak tanda tanya pelbagai pihak. Termasuklah majikan tempat dia bekerja iaitu Syarikat Wira Teguh. Sharul merupakan guard yang bertugas di sebuah apartment mewah lima tingkat. Semenjak kehilangan Sharul, keluarganya, malah kawan-kawan sama tempat kerja dengan Sharul mengalami kejadian ganjil. Paling kerap diganggu ialah kawan baik Sharul sendiri, Reykal. Kejadian ini telah membuatkan Reykal nekad untuk mengetahui  maksud sebenar di sebalik semua kejadian-kejadian yang telah mengganggu-gugat hidupnya.

“Mimpi yang akan membawa kematian.” / BALASAN

In stock
SKU
978-967-498-078-8
Now Only RM 23.80 Regular Price RM 28.00
More Information
Publisher Buku Prima
Write Your Own Review
Only registered users can write reviews. Please Sign in or create an account
Free Shipping

Free Shipping

For order above RM150
(Peninsular Malaysia only)

Worldwide Shipping

Worldwide Shipping

Order with us with reasonable postage charge

VIP Card

VIP Card

Be our VIP member to get 20% off