[Novel Cinta] Petrichor - Nurul Syahida

Ketika Sameera terima Ishaak jadi teman lelakinya di usia 17 tahun, dia sedikit pun tak menyangka bahawa pemuda kurus kering itu akan suatu hari jadi Haque Zuhal, bintang pujaan ramai, yang lagu-lagunya akan berkumandang di corong radio, yang dramanya dimainkan di televisyen, dan yang wajahnya akan menghiasi papan-papan iklan di lebuh raya.

“Meera tunggu saya, ya? Meera sabar, ya?”

Tetapi apabila Haque jatuh cinta dengan wanita lain dan membuat keputusan hubungan mereka harus putus ketika dia berusia 35 tahun. Sameera harus berhadapan dengan banyak cabaran yang menjengkelkan yang tak dihadapi wanita patah hati yang lain, daripada para netizen yang banyak spekulasi, tumpuan umum yang tak dikehendaki, hinggalah wajah dan suara Haque yang tertampal dan berkumandang di merata tempat.

Sameera kemas barang, pindah ke rumah sepupunya Mirah, bekerja di syarikat lain, dan cuba meneruskan hidupnya. Dia cuba mengaburi pandangan matanya dan menutup telinganya daripada terus dimaklumkan dengan kebahagiaan baharu bekas kekasihnya.

"Saya tak perlukan satu Malaysia beri komen tentang hidup saya. Saya tak mahu orang yang tak dikenali datang dan tepuk belakang saya dengan muka simpati... Saya cuma nak hidup." - Sameera

Dalam usahanya untuk cuba mencari maksud hidup sebagai seorang manusia yang tak pernah jadi wanita single selama 18 tahun, Sameera harus menghadapi pelbagai jenis manusia, daripada Puan Saidah yang masih enggan menerima hakikat dia tidak akan bermenantukan selebriti terkenal. Ned, personal assistant Haque yang kerap mengingatkan Sameera tentang lelaki itu. Sameera berjumpa Jamie, yang mempunyai sejarah hitamnya sendiri dan juga sejarah hitam yang turut merubah hidup Sameera.

“Awak tahu apa itu petrichor? Petrichor ialah bau segar yang muncul selepas turunnya hujan. Tapi satu-satunya cara untuk bau segar tu datang ialah dengan membiarkan tanah yang kering dibasahi hujan."

In stock
SKU
978-967-2858-11-9
RM 29.00

Sebuah karya Nurul Syahida yang sangat dekat dengan pembaca dan 'slice of life' , simple serta sedikit berinspirasikan  isu-isu dunia selebriti tanah air. Sangat mudah difahami. Watak protagonis dan antagonis yang kuat. Isu 'abuser' atau pembuli dalam rumah tangga dan hubungan pasangan bertunang ditekankan dan memberi pengajaran buat pembaca. Watak Netizen yang kuat juga membuatkan pembaca pasti berpuas hati dengan kesudahan cerita dan pembalasan buat mereka yang terlalu obses mengkritik kisah hidup orang lain.

                               

More Information
Publisher Alaf 21
Write Your Own Review
Only registered users can write reviews. Please Sign in or create an account

No Related Posts

Free Shipping

Free Shipping

For order above RM150
(Peninsular Malaysia only)

Worldwide Shipping

Worldwide Shipping

Order with us with reasonable postage charge

VIP Card

VIP Card

Be our VIP member to get 20% off