Sale

Perangkap Ajal

J-woks merupakan ketua penjenayah yang paling dikehendaki polis. Malangnya, pihak berkuasa masih gagal mengenal pasti wajah sebenar suspek itu.
In stock
SKU
978-983-124-763-1
Now Only RM 14.45 Regular Price RM 17.00
J-woks merupakan ketua penjenayah yang paling dikehendaki polis. Malangnya, pihak berkuasa masih gagal mengenal pasti wajah sebenar suspek itu. Bahkan konco-konconya sendiri tidak pernah melihat muka ketua mereka. Kejahatan lelaki ini dan kumpulannya memporak-perandakan ibu kota Kuala Lumpur bukan mitos atau dongeng. Malah, kelicikan mereka memboloskan diri telah menjatuhkan maruah polis. Inspektor Dzul Faqar yang ditugaskan mengetuai pasukan khas khusus untuk menangani kes ini tetap optimis. Namun, penjenayah yang dikejarnya menyimpan dendam. Semangat memburu penjenayah telah membuatkan nyawa keluarga dan wanita yang dicintainya turut terancam. Lantas, komitmen pada kerjaya sudah mula menjadi konflik peribadi. Dia tahu tiada antara mereka yang akan berpuas hati selagi salah seorangnya tidak menempah maut. Matlamat hidupnya hanya satu, membersihkan dunia ini daripada tangantangan durjana. J-woks mesti ditangkap.
More Information
Publisher Alaf 21
Write Your Own Review
Only registered users can write reviews. Please Sign in or create an account
Free Shipping

Free Shipping

For order above RM150
(Peninsular Malaysia only)

Worldwide Shipping

Worldwide Shipping

Order with us with reasonable postage charge

VIP Card

VIP Card

Be our VIP member to get 20% off