7 SEBAB ANDA PERLU BACA BUKU INI:
1. Buku ini ditulis oleh bekas penghuni Sekolah Henry Gurney.
2. Memaparkan realiti sebenar kehidupan di sekolah juvana.
3. Kisah penghijrahan seseorang yang mempunyai latar belakang gelap atas kesalahan dadah.
4. Membuatkan anda lebih memahami cabaran yang dilalui mereka dan tidak cepat menghukum.
5. Menghilangkan prejudis terhadap golongan terlibat dadah kerana setiap mereka ada cerita tersendiri.
6. Mengingatkan kita bahawa hidayah dan petunjuk Allah itu luas.
7. Bagaimana kasih seorang ibu angkat kepada anak yang tiada pertalian darah memberi semangat untuk mereka berubah.

 

Terdapat 10 topik menarik dan inspirasi di dalam buku ini:

 


 

“Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat ALLAH, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
(Surah Az-Zumar, ayat 53)


Tersungkur, tersilap dan khilaf adalah lumrah bagi insan. Tetapi setiap manusia berhak untuk mendapat peluang kedua. Itu tidak boleh dinafikan.
Izzad Daniel, antara anak muda yang melalui pergelutan hidup. Terkandas, terbelenggu dan terkhilaf ketika remaja. Namun mendapat Peluang Kedua di Sekolah Henry Gurney.


Antara tanggungjawab sebagai seorang anak, seorang suami dan seorang ayah pada usia yang masih muda, Izzad Daniel bergelut memaknai diri serta kehidupan.
Ketika segala harapan seakan tertutup, Izzad Daniel menemui cahaya bahawa Allah tidak pernah meninggalkan hamba-Nya.


Kata seorang anggota polis, Koperal Razif:
“Kesilapan ini bukanlah awal yang buruk dan bukan pula pengakhiran dalam hidup.”
Izzad Daniel kini sudah bangkit.

 

Sila klik link di bawah untuk mendapatkan buku ini:

 

https://www.karangkrafmall.com/peluang-kedua-izzat-daniel

Free Shipping

Free Shipping

For order above RM150
(Peninsular Malaysia only)

Worldwide Shipping

Worldwide Shipping

Order with us with reasonable postage charge

VIP Card

VIP Card

Be our VIP member to get 20% off