Description
Aku benar-benar tidak mengerti….
Mengapa perempuan sentiasa terperangkap dalam situasi – ditelan mati emak, diluah mati bapa?
Salahkah aku meninggalkan Yamin? Bukankah Rubiah gilakan dia?
Salahkah aku bermalam di rumah Celine yang jauh di Pulau Pinang itu? Aku sekadar mahu panjangkan persahabatan dari Kota Bharu.
Salahkah aku bercinta dengan mat salih bernama Lawrence? Mengapa Ayah menolak Lawrence walau dia rela menukar agama?
Aku keliru.
Aku serba salah.
Ah, biarkan aku membuat keputusan sendiri. Jangan ditanya apa akan terjadi nanti.
Ombak Bukan Biru adalah novel sulung yang diterbitkan pada tahun 1977 karya sasterawan prolifik Fatimah Busu.