Sale

Never Give-Up! Allah Kan Ada

Penulis : Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek ISBN : 978-967-86-0834-3
Out of stock
Only 0 left
SKU
978-967-86-0834-3
Now Only RM 23.80 Regular Price RM 28.00
Hidup ini ibarat roda yang berputar. Kadang berada di atas kadang berada di bawah. Hidup ini juga seperti laut. Adakalanya tenang, dan adakalanya bergelombang di hantam badai. Itulah kehidupan. .. Ujian dan musibah? Setiap orang akan lalui semua itu, sesuai dengan kadar kemampuannya. Itu janji Allah. Jangan pernah sekalipun berkeluh kesah dan berasa seperti dibebani. Jangan membiasakan diri selalu berfikiran negatif, kerana jika kita terus menerus dirundung rasa khuatir, maka sampai bilapun kita tidak akan boleh meraih apa yang kita mahukan. Yang ada hanyalah kegelisahan yang akan mendampingi kita, sedangkan kita perlu ingat bahawa kegelisahan itu adalah milik mereka yang selalu berputus asa. Dan Allah sangat tidak menyukai orang-orang yang cepat give-up. Buku Never Give-up! Allah kan Ada ini banyak memberikan motivasi dan semangat dalam diri kita untuk tidak cepat berputus asa walau begitu banyak ujian dan dugaan menimpa kita. Kerana ketika ujian datang ‘mendera’, akan selalu ada hikmahnya, hadapi dengan ikhlas dan sabar. Kesabaran akan memberikan ketenangan jiwa dan kekuatan hati. Dan Allah SWT akan sentiasa bersama orang-orang yang sabar. Never Give-up! Bangkitlah. Jangan putus asa hanya kerana Manusia. Jangan menyerah hanya kerana urusan dunia. Ingat, ada Allah. Dia Maha Segalanya
More Information
Publisher Karya Bestari
Write Your Own Review
Only registered users can write reviews. Please Sign in or create an account