New-15%

Miss Diva Semput

Diva Izara bagaikan terkena sumpahan. Dirinya tidak boleh menipu. Andai dia menipu, pasti semput akan menghukum dirinya. Namun, dalam jutaan orang yang Diva Izara temui, Irfan jejaka yang egonya tinggi melangit itu bagai dikecualikan daripada ‘sumpahan’ itu. “Sebelum nak suruh orang beradab. Cermin sikit diri tu! Awak ingat, awak tu beradab sangat ke main terjah aje tandas perempuan?” - Diva- Pertemuan pertama mendesak Diva Izara memfitnah Irfan. Irfan dikatakan hendak mencabul kehormatannya! Padahnya, Diva terpaksa bersetuju untuk menjadi kuli Irfan selama empat bulan. “Woi! Kau ingat aku ni tak ada agama ke? Cuba kau tengok diri kau tu. Kalau pakai baju semedang berlabuci. Kalau sikit tak apa. Kau tu bukannya taste aku! Aku tak minatlah minah ‘sarat’ macam kau.” - Irfan- Diva Izara yang digelar ‘minah sarat’ dan Irfan yang memegang takhta ‘mamat mental’ cuba menyakiti antara satu sama lain. Lebih-lebih lagi bila Irfan sedar yang Diva Izara menaruh hati pada abang sepupunya, Doktor Sufian. Dalam diam ada rasa indah di hati Diva buat Irfan. Diva mulai keliru. Seandainya Diva menerima Irfan, mampukah percintaan itu bertahan sedangkan Irfan masih cuba menjejaki ‘insan’ itu. Insan yang telah menghilangkan diri 19 tahun lamanya!
In stock
SKU
978-967-86-0923-4
Now Only RM 25.50 Regular Price RM 30.00
Setelah sekian lama tidak berkarya, Eija Khadeeja kini tampil dengan novel yang lebih santai dan ringan. Konflik cinta yang dipaparkan di dalam Miss Diva Semput lebih santai dan berbentuk kekeluargaan. Miss Diva Semput merupakan karya ke-4 Eija Khadeeja yang sebelum ini telah menghasilkan novel seperti Anehnya Cinta, Jodoh Yang Kucari dan Kekasih Olok-olok. Kenapa pembaca perlu membeli Novel Miss Diva Semput
Write Your Own Review
Only registered users can write reviews. Please Sign in or create an account