Sale

Memacu Transformasi

Dato Saifuddin Abdullah menganggap Program Transformasi Nasional pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, adalah pendekatan perubahan yang terbaik buat Malaysia. Menurutnya, transformasi tersebut ialah satu proses ‘dynamic stabilism’ yang bersesuaian dengan warisan, wajah dan wawasan kita. Ia komprehensif dari segi bidang, penggubalan, pelaksanaan dan penilaiannya. Malah, ia lebih komprehensif daripada inisiatif-inisiatif hampir sama di negara-negara maju. Ia telah membuahkan hasil-hasil positif dan perlu dipacu bersama.

Sebagai ahli politik yang progresif, Saifuddin membahaskan transformasi ini melalui kolumnya di akhbar Sinar Harian. Buku ini merupakan kompilasi 50 rencana tersebut yang meliputi aspek pendidikan, belia dan mahasiswa, realiti dan politik baru, UMNO/BN, PRU13 dan ekonomi. Ia ditulis dengan artikulatif dan kritikal sambil mengekalkan ciri-ciri kesederhanaan. Ia wajar menjadi bacaan dan rujukan aktivis dan penganalis isu-isu kontemporari Malaysia.

In stock
SKU
978-983-124-898-0
Now Only RM 9.35 Regular Price RM 11.00
Write Your Own Review
Only registered users can write reviews. Please Sign in or create an account
Free Shipping

Free Shipping

For order above RM150
(Peninsular Malaysia only)

Worldwide Shipping

Worldwide Shipping

Order with us with reasonable postage charge

VIP Card

VIP Card

Be our VIP member to get 20% off