Siri Melukis Dalam 6 Langkah ini merupakan set 5 buku aktiviti
yang sesuai digunakan oleh kanak-kanak pada peringkat umur
4 – 12 tahun. Lukisan di dalam buku ini berpandukan lima bentuk
asas geometri iaitu bulatan, segi tiga, bujur, segi empat dan
separa bulatan. Setiap bentuk dijadikan bentuk pemula yang akan
menghasilkan suatu objek dalam 6 langkah mudah. Objek-objek
yang digambarkan pula merupakan objek yang biasa terdapat di
persekitaran kanak-kanak.
Melalui buku ini, secara tidak langsung kanak-kanak bukan
sahaja memperoleh latihan menajamkan aspek psikomotor, malah
berpeluang menjalankan aktiviti yang menyeronokkan di samping
mengembangkan bakat dan kemahiran masing-masing