Description
JANGKAAN JULAI 2025 AKAN SIAP DICETAK
MALAYSIA & SEABAD - TUN DR MAHATHIR MOHAMAD
100 mungkin sekadar angka. Tetapi 100 tahun Malaysia adalah rangkuman luka dan harapan, ranjau dan cahaya, tawa dan air mata, disaksikan sendiri oleh seorang anak Melayu yang suaranya digeruni dunia: Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Bukan sekadar memoir negarawan. Malaysia dan Seabad menggabungkan naratif sejarah dengan pengalaman dan pandangan beliau yang hidup pada zaman yang hanya kita baca dalam buku teks sekolah. Ini tentang tanah air yang pernah dijajah, diperlekeh, berpecah, kemudian bangkit dan lantang di pentas antarabangsa.
Naskhah ini ibarat “surat cinta” buat generasi baharu supaya sentiasa mengingati asal usul, akar perjuangan, tidak leka dengan kemerdekaan dan berani melakar masa depan negara yang lebih gemilang.