Description
Naskhah ini membicarakan tentang panduan haji Ifrad dan Qiran bermula daripada persediaan hingga pelaksanaannya. Kedua-dua haji ini amat sesuai bagi jemaah yang ingin memasuki Makkah ketika hampir waktu wuquf atau golongan kenamaan yang memilih tempoh singkat untuk menunaikan rukun Islam kelima ini.
Dilengkapi dengan panduan langkah demi langkah, himpunan doa, tip praktikal dan amalan ziarah yang diharapkan dapat membantu serta memudahkan para jemaah haji beribadah mengikut syariat yang tepat. Semua ini demi mencapai kesempurnaan ibadah haji yang tersusun, mengelakkan kekhilafan, memperoleh keberkatan dan seterusnya mencapai haji yang mabrur.
Bab-bab di dalam buku ini:
-
HURAIAN TENTANG HAJI
-
PENUNAIAN HAJI IFRAD
-
BERANGKAT KE ARAFAH
-
PRAKTIKAL HAJI IFRAD
-
PENUNAIAN HAJI QIRAN
-
DAM
-
MENINGGALKAN MAKKAH (Tawaf Wada’)
-
AMALAN DAN BACAAN KETIKA ZIARAH MADINAH
-
DALIL AL-QURAN DAN HADIS TENTANG MAKKAH DAN IBADAH HAJI
-
HAJI MABRUR
-
BONUS - AMALAN TAMBAHAN SEMASA PENUNAIAN HAJI
ISBN: 978-967-86-1074-2
Halaman: 400