Description
"Tuhan sesungguhnya sentiasa menunjukkan jalan kepada sesiapa yang tidak berputus kepada perkataan harapan."
Kunang Pesisir Morten.
Ya, harapan. ?
Kita semua punya harapan. ?
Harapan untuk berubah. Harapan untuk berjaya. ?
Dan semua itu perlukan satu suntikan inspirasi. ?
Bagaimana mahu capai? ?
Sama-sama selusuri kisah seorang budak jalanan yang comot berambut gerbang tapi bijak berfikir melalui pemerhatian. ?
Apa yang Dhiya lakukan, kita sama boleh buat. ?
Melihat dan memerhati. ?
Tanya diri, tanya jiwa, kita mahu apa? ?
Kunang Pesisir Morten.Sebuah novel yang berkisar tentang perpaduan, pendidikan, kemiskinan pada era 80-an di Kampung Morten yang mengundang munculnya seorang anak jalanan pemikir genius bernama Dhiya dan dua sahabat baiknya, Adi dan Lim.