Sale

Kuingin Cintamu - Haiza Najwa

Humaira mula menulis novel setelah membaca novel seorang penulis tersohor. Ideanya mampu menzahirkan karya yang hebat. Namun garapan ceritanya yang kaku perlukan X-factor. Lalu dia memutuskan untuk ‘ber–cinta’, sesuatu yang ber–lawanan dengan fitrahnya yang anti lelaki selama ini.

Demi menghidupkan roh cinta dalam novel pertamannya, nun di Tembok Besar Badailing, dia bertemu Dr. Damyral. Namun cinta kilat itu putus. Seterusnya, bila memulakan manuskrip terbaru, Humaira akan memikat seorang lelaki sebagai pa–sangannya bercinta. Perasaan cinta ini akan ‘ditumpahkan’ ke dalam manuskrip yang sedang ditulis.

Dia kemudian terjebak cinta dengan Azril iaitu hero novelnya yang ketujuh. Dia bertindak melarikan kerana tidak tahan de–ngan buruan Azril yang penasaran terhadapnya. Sebenarnya, Humaira fobia dengan perkahwinan kerana takut semua lelaki bersikap tidak adil seperti ayahnya.

Di daerah asing itu dia bertemu semula dengan Dr. Damyral, cinta per–tamanya. Barulah dia sedar yang dia mencintai lelaki itu. Tetapi ada sesuatu yang menghalangnya iaitu Huwaida yang juga tergila-gilakan lelaki yang sama. Malah Huwaida sanggup bertindak sadis! Apakah itu ba–lasan dosa untuknya kerana mengecewakan cinta tujuh lelaki?

In stock
SKU
978-983-124-857-7
Now Only RM 18.70 Regular Price RM 22.00
More Information
Publisher Alaf 21
Write Your Own Review
Only registered users can write reviews. Please Sign in or create an account

No Related Posts

Free Shipping

Free Shipping

For order above RM150
(Peninsular Malaysia only)

Worldwide Shipping

Worldwide Shipping

Order with us with reasonable postage charge

VIP Card

VIP Card

Be our VIP member to get 20% off