Description
KEMAJUAN dunia hari ini mendorong manusia untuk melakukan sebarang aktiviti sepantas mungkin.
KEMAJUAN dunia hari ini mendorong manusia untuk melakukan sebarang aktiviti sepantas mungkin. Begitulah halnya dalam aktiviti memasak. Sesungguhnya faktor kerjaya telah menjadi penghalang kepada sesetengah golongan wanita untuk melaksanakan salah satu daripada tugas harian ini. Namun kini, dengan terciptanya teknologi microwave, anda tidak perlu risau lagi untuk menghidangkan masakan yang lazat kepada keluarga anda dengan cara yang lebih mudah dan cepat.
Sesungguhnya microwave bukan sahaja dapat digunakan untuk memanaskan masakan, malahan lebih dari itu. Dengan menggunakan teknologi microwave, anda dapat menumis, merebus, mengukus dan merenih masakan hanya dalam beberapa minit sahaja. Harus diingatkan, dalam resipi microwave, jika ditentukan kuasa tinggi pada permulaan masa memasak, kuasa yang sama akan digunakan sepanjang masa. Dan apabila bekas masakan perlu ditutup, ia patut ditutup sepanjang tempoh memasak juga.
Oleh kerana itu, buku Kompilasi Masakan Microwave ini diterbitkan sebagai panduan anda. Sebanyak 60 resipi mengunakan microwave menjadi koleksi buku ini. Banyak lagi resipi yang dapat dimasak hanya menggunakan teknologi ini. Anda dapat mempelbagaikannya untuk hidangan bersama keluarga. Yang paling penting ia mudah dan cepat.