FREE DELIVERY for order RM150 and above!
Pickup option is available at our store
JILID 1 - MALAYSIA - THAILAND - MYANMAR
Ahmad, seorang graduan seni bina nekad meletakkan jawatan untuk mengejar impian berbasikal dari Malaysia ke Kota London.
Namun, ibubapanya meminta beliau untuk berkahwin sebagai prasyarat sebelum keluar mengembara.
Ahmad dijodohkan dengan pilihan ibunya, iaitu seorang Ustazah Al-Quran yang tidak pernah ke luar negara, apatah lagi dengan berbasikal.
Setahun diperlukan oleh Ahmad untuk mempersiapkan mental dan fizikal isterinya supaya tabah mengharungi pengembaraannya yang penuh dengan dugaan dan cabaran.
Berbekalkan RM1,900 sahaja, mereka mula berbasikal dan keluar dari Malaysia.
Pelbagai ragam, suka dan duka mereka lalui di sepanjang perjalanan dari Malaysia menuju ke Thailand dan Myanmar. Macam-macam perkara ajaib dan tak masuk akal juga berlaku.
Semoga dengan membaca buku ini, para pembaca boleh mendapat inspirasi dan motivasi untuk mengejar impian hidup di dunia ini.
"Nothing is Impossible, Allah swt Always With You!" - Ahmad Isa
JILID 2 - INDIA - NEPAL - PAKISTAN
Ahmad dan Adilah menyambung kayuhan ke tiga buah negara lagi iaitu India, Nepal dan Pakistan setelah melepasi Malaysia, Thailand dan Myanmar sebelum ini.
Di India, Ahmad mengalami kejutan budaya berikutan sifat warganya yang sentiasa ingin tahu hingga mengakibatkan Ahmad yang introvert menjadi rimas. Berbeza pula dengan Adilah yang ekstrovert dan sangat gembira dengan sambutan di India. Walaupun berbeza bahasa, itu sama sekali tidak menghalang Adilah untuk berkomunikasi dengan warga tempatan dengan cemerlang!
Ahmad begitu teruja bila memasuki negara Nepal kerana beliau adalah seorang 'hikers' dan memanjat Gunung Everest adalah salah satu impian beliau sejak zaman universiti lagi. Namun nasib tidak menyebelahi mereka kerana mereka memasuki Nepal pada musim hujan dan sangat berbahaya untuk mereka menjejaki Gunung Everest. Lalu mereka kembali ke India sebelum masuk ke negara seterusnya iaitu Pakistan.
Di Pakistan pula, kedua-duanya sangat gembira dan bersyukur kerana mereka bebas makan apa sahaja tanpa perlu risau tentang status halal makanannya. Sekali lagi malang tidak berbau, mereka telah ditahan oleh tentera Pakistan selama tiga hari sebelum Adilah pula dimasukkan ke hospital beberapa hari.
Banyak kejadian yang tidak masuk akal berlaku di Pakistan, tetapi perancangan ALLAH SWT ternyata adalah yang terbaik.
"Kembaralah, nescaya kita akan rasa lebih bersyukur kerana dilahirkan di Malaysia." - Ahmad Isa -
JILID 3 - CHINA - KYRGYZSTAN - KAZAKHSTAN
Tekanan Negara Bersalji
Perancangan untuk memasuki negara bersalji mengujakan Ahmad dan Adilah. Lagipun, ini kali pertama Adilah berbasikal dalam cuaca dan keadaan begitu. Mereka terpaksa melalui pelbagai cabaran baharu di sepanjang perjalanan.
Di China, mereka merentasi sempadan tertinggi di dunia, Khunjerab Pass dan terpaksa melalui pemeriksaan imigresen dan kastam selama 14 jam dalam kesejukan dan kelaparan.
Di Kyrgyzstan pula, hajat mereka mahu merentasi gunung bersalji dengan basikal telah dihalang oleh penduduk tempatan kerana kemungkinan untuk mati sangat tinggi!
Di Kazakhstan, Adilah dan Ahmad terpaksa tidur di kawasan bersalji, rumah terbiar dan rumah orang tempatan. Syukur, ramai manusia baik datang menghulurkan bantuan pada saat mereka sangat memerlukan.
Banyak insiden mencabar dan tekanan yang hebat diceritakan dalam buku ini, namun semuanya datang dengan hikmah tersendiri.
"Selamat mengembara!" - Ahmad Isa
JILID 5 - IRAN - UAE - ARAB SAUDI
Subscribe to get special offers, free giveaways and once-in-a-lifetime deals.