FREE DELIVERY for order RM150 and above!
Pickup option is available at our store
Ketika operasi rahsia di sempadan Malaysia–Thailand bertukar menjadi medan pembelotan, seorang anggota komando bertindak kejam membunuh rakan skuadnya sebelum melarikan diri bersama pembekal dadah dari Thailand. Dunia keselamatan gempar.
Biro Keselamatan Awam menugaskan Syira untuk menjejak suspek bersama Nisrina, ejen sekuriti biro. Pada masa yang sama, Sarjan Fuad, bekas komander si pengkhianat, mengetuai unit khas Angkatan Tentera Malaysia. Misi: buru, tangkap dan hapuskan.
Namun apabila situasi memerlukan Syira dan Fuad bekerjasama, ego dan prinsip bertembung. Gagal bukan pilihan kerana jika suspek terlepas, rahsia ketenteraan dan kredibiliti keselamatan negara akan tercalar.
Dalam dunia operasi rahsia, kepercayaan adalah mata wang paling mahal. Dan masa … adalah musuh paling kejam.
Pemutus Nyawa
Pada era yang diselubungi kekejaman dan peperangan, puak Zagi menjadi dalang yang melakar lebih banyak kisah berdarah dalam Melayujiwa. Ahmad Rizaki, seorang Pemutus Nyawa tanpa memori ditugaskan untuk membasmi setiap ancaman yang mendatang. Pengakhiran bagi mereka yang berdosa hanyalah satu kematian tanpa pengampunan belas kasihan.
Dawing Daw yang tidak pernah peduli, mula mengambil peranan. Hasilnya, kota Nuaja yang makmur bertukar bagaikan neraka dalam sekelip mata. Dalam kemelut yang melanda dan misteri yang membelenggu, rahsia gelap yang menggegar alam terbongkar akhirnya!
Di tengah-tengah pertempuran dan malapetaka, cinta mula mengusik dua jiwa. Mungkinkah cinta itu berakhir dengan kebahagiaan atau perpisahan yang disapa kematian?
Inilah kisah seorang Pemutus Nyawa — manusia yang diberi kuasa mutlak untuk menjatuhkan hukuman mati kepada siapa sahaja yang bersalah!
Sindiket II
Subscribe to get special offers, free giveaways and once-in-a-lifetime deals.