OK
Sorry! no images available for this colour!
Sorry, you must select the options in order to add to cart.
This item has been saved to your wishlist.

Kombo Thriller Pasca-PBAKL 2025


View My Wishlist Continue Shopping
Size Guide



Item added to your bag.

Kombo Thriller Pasca-PBAKL 2025

RM 90.00


Checkout  Continue Shopping

Continue Shopping

FREE DELIVERY for order RM150 and above!

Pickup option is available at our store

Kombo Thriller Pasca-PBAKL 2025
Kombo Thriller Pasca-PBAKL 2025&w=300&zc=1
Kombo Thriller Pasca-PBAKL 2025
Ref No KOMBOTHRILLER

No reviews

RM 90.00
Shipping calculated at checkout.
Tajuk :
KOMBO 3 TAJUK
Buy this item you earn 90 points.
STORE AVAILABILITY
- Mengandungi 3 novel : Khianat, Pemutus Nyawa & Sindiket II

Khianat

Ketika operasi rahsia di sempadan Malaysia–Thailand bertukar menjadi medan pembelotan, seorang anggota komando bertindak kejam membunuh rakan skuadnya sebelum melarikan diri bersama pembekal dadah dari Thailand. Dunia keselamatan gempar.

Biro Keselamatan Awam menugaskan Syira untuk menjejak suspek bersama Nisrina, ejen sekuriti biro. Pada masa yang sama, Sarjan Fuad, bekas komander si pengkhianat, mengetuai unit khas Angkatan Tentera Malaysia. Misi: buru, tangkap dan hapuskan.

Namun apabila situasi memerlukan Syira dan Fuad bekerjasama, ego dan prinsip bertembung. Gagal bukan pilihan kerana jika suspek terlepas, rahsia ketenteraan dan kredibiliti keselamatan negara akan tercalar.

Dalam dunia operasi rahsia, kepercayaan adalah mata wang paling mahal. Dan masa … adalah musuh paling kejam.

 

Pemutus Nyawa

Pada era yang diselubungi kekejaman dan peperangan, puak Zagi menjadi dalang yang melakar lebih banyak kisah berdarah dalam Melayujiwa. Ahmad Rizaki, seorang Pemutus Nyawa tanpa memori ditugaskan untuk membasmi setiap ancaman yang mendatang. Pengakhiran bagi mereka yang berdosa hanyalah satu kematian tanpa pengampunan belas kasihan.

Dawing Daw yang tidak pernah peduli, mula mengambil peranan. Hasilnya, kota Nuaja yang makmur bertukar bagaikan neraka dalam sekelip mata. Dalam kemelut yang melanda dan misteri yang membelenggu, rahsia gelap yang menggegar alam terbongkar akhirnya!

Di tengah-tengah pertempuran dan malapetaka, cinta mula mengusik dua jiwa. Mungkinkah cinta itu berakhir dengan kebahagiaan atau perpisahan yang disapa kematian?

Inilah kisah seorang Pemutus Nyawa — manusia yang diberi kuasa mutlak untuk menjatuhkan hukuman mati kepada siapa sahaja yang bersalah!

 

Sindiket II

Ini kisah Syukur, lelaki tua dengan sejarah hitam yang mahu dilupakan. Dia memencilkan diri di sebuah kampung. Hidupnya serba daif, namun dia bahagia. 
 
 Satu per satu dugaan mula melanda. Isterinya menghidap kanser pada tahap akhir dan dia dibenci oleh anak perempuannya. Hidup Syukur semakin tertekan apabila isterinya meninggal dunia. Anak perempuannya terjebak dalam sindiket pelacuran. Dunianya hancur apabila anak lelakinya pula dibunuh. 
 
Demi kasih dan wasiat, dia menjejaki si pembunuh durjana dan berusaha menyelamatkan anak perempuannya. Dia terpaksa kembali ke dunia silam yang mahu dilupakan. Kembalinya Syukur mencetuskan konflik yang lebih menakutkan. Pembunuhan demi pembunuhan, pengkhianatan demi pengkhianatan. Tidak dijangka, musuh dari masa silam kembali memburunya. Syukur terpaksa mengharungi semuanya, demi kasih kepada anak.
KUMPULAN MEDIA KARANGKRAF SDN. BHD.  200001027856 (0530463V)
Product Detail
PublisherKarangkraf
Year Published2025
Weight4.00
Free Delivery

For order above RM150 (Peninsular Malaysia only)

Worldwide Shipping

Order with us with reasonable postage charge

You May Also Like
Checkout these products, you may like it too.
What our customers said
There are currently no product reviews.