Description
Doppelganger II - Nurul Syahida
Malang sungguh nasib seorang Faris. Tidak sampai beberapa hari dia menjadi pelajar sekolah berasrama SMAX, dia sudah didenda Cikgu Dolah kerana kelalaian. Hukuman itu membawanya ke Banglo 3A, rumah penolong kanan hal ehwal murid yang sudah lama tidak berpenghuni. Dia dan dua orang lagi pelajar lain harus membersihkan rumah itu di bawah penyeliaan seorang pelajar senior bernama Hadi.
Bukan sahaja masa senggangnya harus dihabiskan di rumah itu. Dia juga dimomokkan pelbagai cerita seram yang pernah berlaku di sekolah yang sudah 40 tahun beroperasi itu. Seperti kisah Wan yang yakin dirinya disihir adik dormnya, Shafiq yang terperangkap dengan seorang pelajar yang tidak pernah dilihatnya dan penghuni Dorm 26 yang taksub dengan Fazira.
Tambah menjengkelkan Faris, dia asyik diekori seorang gadis bercermin mata ke mana-mana sahaja dia pergi. Apa rahsia di sebalik hukuman itu? Siapa si gadis bercermin mata? Dan apa rahsia di sebalik Banglo 3A?
“Aku dengar bisikan tu. Tapi, dia tak panggil kau. Dia panggil aku.” – GOMOK
“Kamu takut ke apa sebenarnya ni? Sampai beria-ia tak nak duduk rumah ni?” – CIKGU SYAWAL
“Koridor bilik tayang tu memang dari dulu lain macam. Bila kau pergi situ, anginnya rasa lain. Sunyinya pun lain.” – FAKRUL
The Girl You Want To Kill - Lee Kkoch-Nim
Di sebuah ruang yang dingin dan penuh tekanan, Ji Ju-yeon berdiri sebagai tertuduh yang sudah lama dihukum oleh persepsi orang ramai sebelum mahkamah sempat menjatuhkan hukuman. Sejak kecil, sikapnya yang sukar difahami menjadikan dia sasaran mudah untuk disalahertikan.
Apabila satu jenayah kejam berlaku, segala kecurigaan serta-merta terarah kepadanya. Bukti-bukti yang kabur dan suara-suara yang saling bercanggah menjadikan Ju-yeon terperangkap dalam jaringan tuduhan yang semakin menjerut dirinya.
Namun di sebalik semua itu, tersimpan kisah luka lama yang membentuk dirinya kini. Dalam mencari kebenaran, garis antara mangsa dan pelaku semakin kabur, membuatkan persoalan sebenar timbul. Adakah Ju-yeon benar-benar bersalah atau dunia yang sudah menghancurkannya?