FREE DELIVERY for order RM150 and above!
Pickup option is available at our store
Mengandung 4 novel : Lembah Setan, Rangkulan Jin, Manusia Iblis, Pengabdian
Lembah Setan
Sejak kematian datuknya, Ameera mula diganggu sesuatu yang menakutkan. Sewaktu cuti sekolah, dia dan Qisya menerima pelawaan Fatin untuk pulang ke kampung, sebuah desa yang jauh di pedalaman. Kampung itu dirasakan sangat aneh. Tiada masjid. Bahkan azan juga tidak pernah dilaungkan.
Satu per satu kejadian seram berlaku. Lebih menggerunkan apabila mula ada nyawa terkorban. Seekor makhluk yang terpasung sejak berpuluh-puluh tahun lamanya, kini bebas mencari mangsa. Ameera dan Qisya terperangkap di situ.
Irwansyah, inspektor polis yang bergelut dengan kes orang hilang di seluruh Malaysia, mendapati kes itu menyerupai kejadian tahun 90-an. Dia berjumpa DSP Zaman, yang lama menghilang sejak keluarganya terbunuh dalam runtuhan Highland Tower. Pertemuan mereka merungkai kisah wali ALLAH, Imam Aditya, yang menentang penjajah Belanda di Pulau Jawa satu masa dahulu. Sehingga ke hari ini, sejarah tidak pernah bercerita tentangnya. Namun kini, satu per satu rahsia hitam yang mengejutkan mula terbongkar.
“Kampung ni dah lama tiada kematian baru. Kesemua penduduknya berumur Panjang. Kampung ni seperti terkena sumpahan.” – Ameera
“Kau bukan Tuhan. Sebaliknya, kaulah Namrud akhir zaman!” – Imam Aditya
Rangkulan Jin
Muzaffar dan keluarganya diarahkan mendiami Villa de Amour selepas menandatangani kontrak dengan ganjaran lumayan. Syaratnya mudah— tiga bulan menetap tanpa berpindah. Kehadiran mereka mula mengusik sesuatu yang sudah lama bersarang di vila itu. Ayumi pula kerap diganggu lembaga berpakaian pengantin dan mula didatangi mimpi-mimpi aneh. Pertemuannya dengan Que membuka jalan ke dalam lipatan rahsia, sebuah kebenaran yang tidak pernah diluahkan.
“Awak kata awak nak tahu siapa sebenarnya diri saya, kan?” - Que
Kehilangan Ayumi mencetuskan huru-hara. Villa de Amour kembali menjadi saksi kekacauan yang menyelubungi Muzaffar sekeluarga. Ayumi sedar yang dia telah terhumban ke masa silam Villa de Amour, melangkaui 36 tahun ke belakang. Satu per satu mimpi aneh yang dialaminya berlaku pada zaman itu dan menguak tirai misteri yang terbenam sekian lama. Ayumi cemas apabila nyawanya menjadi taruhan.
“Ini amaran aku! Jika kau cuba melawan, nyawa Tengku Ramdan pula akan menjadi galang gantinya.” - Sabrina
“Saya tak bohong. Saya berkata benar. Saya bukan Kamalia, tapi Ayumi.” - Ayumi
Mampukah Muzaffar sekeluarga bertahan di vila itu selama tiga bulan? Dapatkah Ayumi pulang ke dunianya semula? Apakah rahsia yang menyelubungi Villa de Amour selama ini?
Manusia Iblis
MENGISAHKAN kehilangan orang yang semakin lama semakin merisaukan di daerah Raub, Pahang di sekitar tahun 1980an. Bermula dengan kehilangan gelandangan dan pengemis di bandar dan pekan di daerah itu, kemudian berjangkit dengan kehilangan orang awam. Pihak polis di daerah itu juga bagaikan tiada jawapan dan buntu dalam mencari jalan menyelesaian kejadian kehilangan tersebut.
Nun jauh di tengah-tengah hutan Raub, ada beberapa susuk makhluk yang amat dahagakan darah dan daging manusia. Mereka tinggal jauh di tengah rimba, terpencil dari pandangan manusia luar. Barang sesiapa yang tersalah pilih jalan, pasti akan menemui satu kejahatan yang amat nyata!
Apakah kaitan makhluk berhati binatang itu dengan kehilangan warga di daerah Raub, Pahang? Atau semua yang terjadi itu adalah angkara manusia sendiri? Manusia berhati iblis.
“Saya tak mahu anak saya terus melihat makhluk-makhluk halus dan terus diganggu igauan ngeri. Kesian kat dia yang masih tak kenal apa-apa lagi.” ~ Bapa Fadil.
"Aku takkan biarkan manusia iblis seperti kamu ini membunuh orang yang tak berdosa dengan sesuka hati! ~ Fadil
“Argh! Kau yang mati! Bukannya aku!” ~ Kasim.
Pengabdian
Kematian kakaknya membuatkan Rozi terpaksa menjejakkan kaki di vila milik abang iparnya. Sejak Rozi berada di vila itu, bermacam-macam gangguan misteri telah dia alami. Bisikan-bisikan aneh kerap menyapa sehingga membawa dia ke bilik hujung di aras dua yang menyimpan misteri.Penampakan pocong sering kali mengganggu Rozi. Dia yakin semua itu pasti ada kaitan dengan keluarga abang iparnya yang berketurunan dukun. Kemunculan budak lelaki berbaju hitam tanpa wajah dari bilik hujung itu juga mengundang tanda tanya. Misteri apa yang ada di dalam bilik hujung di aras dua itu? Andai benar di dalam bilik hujung itu terdapat saka warisan daripada keluarga abang iparnya, kenapa Rozi yang diganggu?
“Apa yang saya tahu, kalau daripada keluarga dukun ni, mesti ada membela. Dan apa yang dibela tu mesti nak tuntut waris dan sebangainya.” - ROZI
“Saya yakin pocong tu ada motif. Untuk selesaikan masalah ni, awak kena tahu apa tujuan ‘dia’ ganggu awak.” - SUFIAN
“Ada sesetengah budak akan ada kawan olok-olok untuk mengisi kesunyian dia. Lebih-lebih lagi anak tunggal macam Dani tu.” - SARAH
Subscribe to get special offers, free giveaways and once-in-a-lifetime deals.