Description
Kombo mengandungi :
Nota Merah Saya, Nota Cinta Saya & Nota Solat Saya.
Nota Merah Saya
Perbahasan mengenai darah haid bukanlah perkara mudah untuk difahami. Ini kerana, terlalu kebanyakan kupasan berkaitan dengannya yang menggunakan bahasa dan istilah fiqah yang agak berat untuk difahami oleh kebanyakan wanita, khususnya remaja.
Maka, naskhah berkonsepkan nota ringkas yang juga disertai ilustrasi menarik dan berwarna ini, diharapkan dapat membantu pembaca memahami isu yang dikupas dengan lebih baik.
Naskhah ini juga turut membincangkan beberapa topik penting lain, seperti darah istihadah, darah nifas, keputihan, air mani, air wadi dan doa-doa dan zikir yang boleh diamalkan ketika haid.
Nota Cinta Saya
Gadis yang cantik sudah terlalu ramai.
Namun, gadis yang indah peribadinya semakin pupus ditelan zaman.
Maka, kecantikan itu perlu dikembalikan.
Hati yang ‘lembut’ itu perlu disentuh dengan pesan-pesan cinta daripada Tuhan, agar ia kembali berseri umpama indahnya mawar yang berduri. Sekalipun ia cantik, namun perlu berhati-hati menyentuhnya kerana ada duri yang memagari.
Rasulullah SAW bersada, “Dunia adalah perhiasan, sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah” (HR. Muslim)
Nota Solat Saya
Naskhah yang bukan hanya sebagai panduan untuk melaksanakan solat dengan sempurna, tetapi turut membimbing pembaca untuk memahami kepentingan solat dan mengapa ia perlu dilaksanakan.
Juga turut dikupas tentang isu baligh dan aurat sebagai persediaan bagi yang mula memasuki alam dewasa.