Description
Furqan - Billa M & Nidofonos
“Pada hari itu, segala rahsia hati akan diperlihatkan. Maka tiadalah manusia sebarang kekuatan dan penolong.”
Furqahad yang baru sahaja berpindah sekolah mendapati di sebalik ruang pembelajaran, ada suara yang dipadamkan oleh gejala buli.
Furqahad sedar dia tidak perlu berkasar untuk membawa perubahan. Dengan perwatakan yang cool dan membawa prinsip vigilante, dia mula memecah monopoli kuasa yang sudah lama berakar. Tindakannya bukan sekadar kata-kata, tetapi gerakan yang mula menarik perhatian kawan dan lawan.
Namun, adakah gangguan disiplin ini sekadar masalah sikap, atau ada sesuatu yang lebih besar sedang berlaku di sebalik tabir?
Setiap sudut koridor kini menjadi kepingan teka-teki, dan setiap wajah mula memainkan watak mereka sendiri.
Komik Apa Jadi Kalau... Seram + Sekolah - Pemenang Sayembara Komikraf 2025
Mari duduk. Ceritalah semua benda ke cikgu…”
Sekolah anda ada cerita seram? Itu baru sikit. Apa Jadi Kalau… Seram + Sekolah menghimpunkan 10 kisah paling fresh dan ngeri daripada barisan pemenang Sayembara Komikraf 2025!
Dari bilik kaunseling yang menyimpan atmosfera pelik, sehinggalah ke bilik darjah yang menyembunyikan rahsia gelap.Setiap helaian menjanjikan plot twist yang bakal membuatkan jantung anda berdegup kencang. Bersedialah untuk bertemu dengan guru yang mencurigakan, rakan sekolah yang "bukan manusia", dan pelbagai misteri yang tidak masuk akal.
Amaran: Selepas membaca komik ini, anda mungkin tidak lagi berani untuk ke tandas sekolah seorang diri.