Description
Fantasi Alisha : Ratu Bunian
Bagi Alisha, perkhemahan kali ini sepatutnya cuma kem pengakap dan pengembaraan hutan. Tapi, semuanya jadi chaos apabila dia tanpa sengaja terlanggar sempadan ke alam bunian!
Satu langkah salah telah mengheret Alisha masuk ke Kota Seri Bunian, sebuah dimensi yang cantik dan penuh misteri. Alisha bukan saja tersesat, tapi terperangkap dalam satu "misi berat" yang memang tak masuk akal. Satu demi satu cabaran datang, memaksa Alisha untuk buat keputusan yang akan menentukan nasib takhta Kota Seri Bunian.
Mampukah budak sekolah seperti Alisha selesaikan kemelut yang sudah lama membelenggu penghuni alam itu? Apabila semuanya berakhir nanti ... adakah jalan pulang masih ada untuknya, atau ini sebenarnya baru satu permulaan?
Apa Jadi Kalau...
Mari duduk. Ceritalah semua benda ke cikgu…”
Sekolah anda ada cerita seram? Itu baru sikit. Apa Jadi Kalau… Seram + Sekolah menghimpunkan 10 kisah paling fresh dan ngeri daripada barisan pemenang Sayembara Komikraf 2025!
Dari bilik kaunseling yang menyimpan atmosfera pelik, sehinggalah ke bilik darjah yang menyembunyikan rahsia gelap.Setiap helaian menjanjikan plot twist yang bakal membuatkan jantung anda berdegup kencang. Bersedialah untuk bertemu dengan guru yang mencurigakan, rakan sekolah yang "bukan manusia", dan pelbagai misteri yang tidak masuk akal.
Amaran: Selepas membaca komik ini, anda mungkin tidak lagi berani untuk ke tandas sekolah seorang diri.