OK
Sorry! no images available for this colour!
Sorry, you must select the options in order to add to cart.
This item has been saved to your wishlist.

Kombo Cinta Dalam Diam Pasca-PBAKL 2025


View My Wishlist Continue Shopping
Size Guide



Item added to your bag.

Kombo Cinta Dalam Diam Pasca-PBAKL 2025

RM 75.00


Checkout  Continue Shopping

Continue Shopping

FREE DELIVERY for order RM150 and above!

Pickup option is available at our store

Kombo Cinta Dalam Diam Pasca-PBAKL 2025
Kombo Cinta Dalam Diam Pasca-PBAKL 2025&w=300&zc=1
Kombo Cinta Dalam Diam Pasca-PBAKL 2025
Ref No komboCinta

No reviews

RM 75.00
Shipping calculated at checkout.
Tajuk :
KOMBO 3 TAJUK
Buy this item you earn 75 points.
STORE AVAILABILITY
Mengandungi 3 novel : Terpadamnya Lilin Di Tangga, Jane & Cassandra & Si Bakhil Dengan Bunganya



Terpadamnya Lilin Di Tangga

Mimpi aneh yang menyakitkan membawa Umair Jayden ke sebuah perkampungan nelayan. Di situ dia bertemu Saufi, anak muda yang menguatkan keyakinannya pada gerak hati.

“Ibunya mengalami kemurungan, adiknya ada masalah penglihatan dan perlukan pembedahan segera. Sedangkan si abang hanyalah penjahit pukat."

Namun, penerimaan Jusoh hanya separuh hati.

“Tak masuk akal! Siapa dia ni?”

Dalam kekalutan, ada Awatif yang ingin mempercayai.

“Kak Atif sedar tak, dia hanya ambil kesempatan atas ketiadaan Hambali?”

Penolakan yang berkali-kali menjadikan Umair tahu diri. Ketulusannya yang diragui membuatkan harapannya koyak dan jiwanya rabak.

“Saya belajar menjadi gagah. Walaupun diri hampir patah macam papan-papan lama jeti tu.” - Umair

“Dia dah tak ada lagi dalam hati kami. Dia dah matikan seluruh rasa bahagia dalam keluarga ni!” - Jusoh

Kelukaan Umair membirat hingga membawa langkahnya pergi. Namun, tanpa disedari, ada cebisan memori yang dia tinggalkan dalam hati seseorang.

Terpanggilkah rindu pulang ke pangkuan?

 

Jane & Cassandra

Leila seorang hoarder cleaner. Ketika dia berusia sepuluh tahun, dia sudah menyaksikan kedurjanaan hati manusia dewasa di sekelilingnya. Jadi, apalah sangat kerjayanya mencuci najis dan kekotoran orang lain. Kebahagiaannya hanya satu; menjadi pelindung kepada satu-satunya ahli keluarga yang masih tinggal selepas tragedi yang menimpa mereka.

Menjadi Jane kepada seorang Cassandra.

Dia tidak perlukan pujuk rayu Asmawi mahupun lamaran tidak bererti daripada rakan karibnya, Nik. Dia tidak perlukan kebahagiaan sebegitu. Sehinggalah Hadi muncul dalam hidupnya. Lelaki yang senyumannya boleh mencairkan mentega, tetapi menyimpan seribu satu kedukaan dalam hati.

Bagi Jannah pula, semua pengorbanannya adalah demi satu janji kepada abi yang harus dikotakan. Hidup matinya adalah untuk memastikan janji itu tidak akan dimungkiri. Namun, apabila insan daripada masa lalunya muncul mengancam keselamatan Leila, Jannah sedar bahawa banyak yang dia tidak tahu tentang adik sendiri.


Si Bakhil Dengan Bunganya
Takdir menemukan seorang jejaka bersifat bakhil, Baqi dengan Kekwa, seorang gadis ‘kekwat’, di bumi asing dalam kehidupan yang ralat untuk mereka tempuhi sendiri. Lantas mereka mencipta hubungan aneh yakni sahabat yang saling mempergunakan demi kepentingan diri masing-masing. Baqi hidup bertunjangkan misi untuk membalas dendam terhadap ayah saudaranya, Abu Jalal.

Kekwa pula ada kisah hitam dan dendamnya yang tersendiri terhadap ibu tiri dan ayahnya. Baqi disuruh menggoda adik sepupu Kekwa, Orked untuk menghuru-harakan hubungannya dengan tunangnya, Uwais. Sebagai balasan, Kekwa pula bersetuju berlakon menjadi kekasih Baqi dan mengikutnya pulang ke ladang kelapa sawit untuk berperang dengan Abu Jalal.

Tanpa mereka sedari, dalam misi membalas dendam, mereka saling terjatuh hati antara satu sama lain. Bermulalah adegan gila menafikan gelodak di jiwa masing-masing. Kekwa yang takut untuk kehilangan lagi tidak ampuh menerima Baqi. Baqi pula terjerat antara rasa suka dan misinya. Saat nyawa jadi taruhan, perhubungan mereka terus teruji.

“Gunakan ajelah aku. Lepas tu buang aku. Macam yang orang lain buat. And trust me, Bakhil… Aku akan buat benda yang sama dengan kau.”- Kekwa 

“Aku boleh pastikan apa yang kau nak adalah aku, hala tuju kau adalah pangkuan aku dan tempat tinggal kau adalah rumah aku. Tapi boleh tak kau jujur dengan perasaan kau?” – Baqi
KUMPULAN MEDIA KARANGKRAF SDN. BHD.  200001027856 (0530463V)
Product Detail
PublisherKarangkraf
Year Published2025
Weight0.00
Free Delivery

For order above RM150 (Peninsular Malaysia only)

Worldwide Shipping

Order with us with reasonable postage charge

You May Also Like
Checkout these products, you may like it too.
What our customers said
There are currently no product reviews.