FREE DELIVERY for order RM150 and above!
Pickup option is available at our store
Seorang saintis Yahudi mencipta serum luar biasa yang amat berkuasa. Namun, Kerajaan Israel mempunyai agenda gelap; menjadikannya senjata untuk menguasai dunia.
Apabila kebenaran terbongkar, saintis itu melarikan diri ke Malaysia dan dia menjadi buruan Mossad. Dia bertemu dengan Alias, pesara tentera yang telah lama meninggalkan medan tempur.
Dalam asakan peluru, saintis itu membuat pilihan terakhir sebelum nyawanya tamat. Dia menyuntik serum itu ke dalam tubuh Alias.
Alias kini bukan lagi manusia biasa. Dia menjadi sasaran dan akhirnya ditangkap.
Namun sebelum ajal menjemput, Alias sempat menyerahkan serum itu kepada seseorang. Pejuang yang namanya sahaja cukup untuk menggemparkan Israel.
Legenda itu bangkit semula.
Dan dunia akan menyaksikan kembalinya seorang pejuang sejati.
“Dia sudah kembali. Dia sudah kembali!”
Cold Case - Azmeer Shah
Tiga tahun lalu, satu kes penculikan berakhir dengan tragedi paling mengerikan. Mayat seorang gadis ditemui dalam keadaan aib, dikerat dan ditinggalkan sebagai tanda amaran. Kes itu ditutup. Fail disimpan. Pembunuh menghilang tanpa jejak.
Kini, satu mayat baharu ditemui. Modus operandi sama. Mata dijahit. Organ dalaman hilang. Seolah-olah pembunuh itu kembali untuk menuntut sesuatu yang belum terlunas.
Inspektor Umar dan pasukannya terpaksa membuka semula cold case yang sepatutnya sudah terkubur.
Setiap petunjuk membawa mereka hampir kepada kebenaran yang lebih kejam - bahawa keadilan pernah diputar belit dan orang yang sepatutnya bersalah telah dilepaskan.
Apabila rahsia lama dibongkar satu demi satu, mereka sedar ini bukan sekadar pembunuhan bersiri. Ini adalah dendam yang dirancang rapi. Sebelum kes ini berakhir, akan ada harga yang perlu dibayar — dengan pertumpahan darah.
Genre : Jenayah + Ngeri + Penyiasatan
Subscribe to get special offers, free giveaways and once-in-a-lifetime deals.

