RM 136.00 |
FREE DELIVERY for order RM150 and above!
Pickup option is available at our store
Ramai yang tidak mengetahui, tatkala Nyian bercerita... dongengnya menjadi hidup di sebuah dunia yang terhijab dengan dunia nyata. Peperangan berlaku di dunia dongeng. Kerajaan Ayangan gagal menawan Anding sejak 200 tahun lampau. Persengketaan yang berteraskan kepercayaan dan politik berlanjutan sehingga salah satu hancur.
Dalam peperangan muncul pelbagai kisah yang hidup dengan pelbagai ‘rupa’ manusia. Dalam banyak ‘wajah’ terbit pula sebuah percintaan antara dua pihak. Percintaan yang bertambah menyemarakkan marah dan dendam. Percintaan yang bermaharkan kematian. Dalam kerancakan perkelahian... terpinggir sebuah tanah tengah di lautan. Tanah bergelar Pulau Chermin.
Didiami raja tanpa jelata. Enggan mencampuri urusan peperangan namun terikat sumpah kalimah mempertahankan Anding dari arah lautan. Sumpah yang diikat seorang ulama berasal dari negara Brunei Darussalam.
Bermulalah kacau bilau di mana, Nyian telah menyalahgunakan kesaktiannya dan cuba mengambil alih takhta kerajaan Anding Ayangan. Dia berjaya menggulingkan Raja Perempuan Yungku Kelangar iaitu adik kepada Furqan Ayyubi. Walau bagaimanapun Nyian bukanlah seorang raja yang adil dan mengakibatkan huru-hara di kerajaan Anding Ayangan dengan hanya menggunakan lisan sahaja. Manakala Furqan Ayyubi di dunia nyata ini bersungguh-sungguh berjuang untuk membunuh seekor makhluk yang datang dari Anding Ayangan juga. Makhluk itu telah menumpang di dalam jasad Datuk Johar seorang ahli politik.
Sebelum ini, di dunia Anding, makhluk itu juga turut menumpang jasad Raja Tabakbauta' iaitu ayahanda Furqan Ayyubi. Tetapi keadaan Furqan Ayyubi itu disalahertikan oleh orang sekelilingnya di dunia nyata ini dan mengatakan dia mengalami gangguan mental. Akhirnya dia dimasukkan ke hospital mental dan berjumpa dengan seorang lelaki tua seusia Nyian dan juga sahabat Nyian iaitu Pak Hashim. Lelaki itu juga dikatakan mengalami gangguan mental tetapi apa yang berlaku sebenarnya adalah, lelaki itu juga turut mengetahui rahsia kitab dongeng Anding dan kesaktian Nyian.
ANDING AYANGAN III - HIKAYAT 1
FURQAN AYYUBI yang terperangkap di dunia nyata berusaha mencari jalan pulang semula ke dunia dongengan Anding Ayangan. Dia yang ditahan di hospital mental akhirnya berjaya melarikan diri bersama Pak Hashim dengan bantuan rakan Damit iaitu Buntak. Mereka kembali ke Papar dan membawa sebuah perahu menuju ke tengah Lautan China Selatan. Di sana, mereka diserang seekor raksasa bernama Raja Suir Sang Ekong. Perahu yang mereka naiki terbalik dan mereka tenggelam ke dasar. ...
Dunia Anding Ayangan semakin kacau di bawah pemerintahan Raja Daulah. Sang penglipur lara ini mirip seorang penyihir yang sewenang-wenangnya melakukan sumpahan di sana sini. Dia sebagai seorang pemimpin ternyata lebih kejam berbanding raja-raja terdahulu. Untuk membanteras kejahatannya – maka Pa’tua dan Kalimambang telah menyokong Yungku Kelangar sebagai Raja Perempuan Bongsu dengan membantunya untuk merampas semula kerajaan yang digulingkan Raja Daulah.
Mampukah mereka bertiga sahaja menggugah kerajaan Anding Ayangan yang kukuh di bawah pemerintah Raja Daulah yang sakti itu?
Dunia nyata pula semakin kacau dengan pergolakan politik. Seolah-olah kuasa dan rasuah merupakan kembar yang berpisah tiada. Mutajassad semakin galak mencari kuasa dengan menyarungi jasad-jasad orang politik dengan tujuan mencari jalan pintas untuk menjilat kuasa. Kuasa memiliki aroma seperti bangkai tapi disukai oleh ramai manusia. Maka itu banyak pembunuhan dan transit tubuh manusia telah berlaku.
Dua pegawai polis jenayah, Rawza dan Fakeh ditugaskan menyiasat kes tersebut. Mereka mendapati pembunuhan yang berlaku melibatkan elemen paranormal. Pembunuhnya sangat licik berselindung di sebalik kelibat manusia lain.
ANDING AYANGAN III - HIKAYAT 2
Dua dunia semakin bergolak. Kuasa disalah gunakerana tamak. Peperangan kini sukar dielak.
Di dunia Anding Ayangan – Furqan Ayyubi memerangi habis-habisan Raja Daulah yang sakti, sehingga seluruh pasukannya disumpah menjadi batu. Tinggal dia dan Rolou yang terselamat. Kekalahan paling teruk dialami oleh pasukan Anding. Chahaya terpaksa keluar dari persembunyian demi memimpin Furqan Ayyubi bangkit semula menerusi keajaiban kalamullah.
Di dunia nyata – pembunuhan misteri berlaku menjelang pilihan raya negeri. Mutajassad punya angkara. Makhluk bangsa Makrit’e itu bersembunyi di dalam tubuh manusia, beralih dari jasad ke jasad. Muslihatnya yang licik menyukarkan siasatan dua pegawai polis, Rawza dan Fakeh.
Ketika segalanya seperti mustahil, Rayyan dan Mika dari planet Yuk’kaa muncul untuk membantu. Bangsa Yuk’kaa pernah berperang dengan bangsa Makrit’e di angkasa raya. Kini, di bumi pula berlaku pertembungan antara tiga bangsa: manusia, Yuk’kaa dan Makrit’e. Setiap peperangan pasti sampai ke noktahnya. Untuk itu, ada yang harus mati!
RAMLEE AWANG MURSHID kembali menghidupkan kisah ini dengan aksi-aksi mendebarkan, plot yang berbelok-belok dan penuh kejutan. Setiapbabak memacu adrenalin, menuntut pembaca terus menyelak halaman demi halaman hingga ke penamatnya. Bersedialah untuk dibawa ke dunia fantasi yang dipenuhiperjuangan, pengkhianatan dan ketabahan hingga ke titik terakhir.
Subscribe to get special offers, free giveaways and once-in-a-lifetime deals.