FREE DELIVERY for order RM150 and above!
Pickup option is available at our store
Mengandungi 3 novel : Pabila Dia Tersenyum, Si Bakhil Dengan Bunganya, Bukan Salahku
Pabila Dia Tersenyum
Pabila Dia Tersenyum refleksi dunia fiksyen Elina. Kerana gilakan Irman, ibu Elina, Mirah meninggalkan keluarga. Selepas ayah saudaranya, Benson dimasukkan ke lokap, Elina yang hidup diperam benci terpaksa menjejaki Mirah. Zuhayr yang dalam perjalanan pulang terjumpa Elina yang sedang nyawa-nyawa ikan di dalam semak dan menghantarnya ke hospital.
Apabila sedar dari koma, Elina kehilangan memorinya. Bermulalah hidup kucar-kacir Zuhayr yang cuba melindungi gadis yang hanya dikenali melalui nama atas kad pengenalan. Hadirnya Zafrul yang cuba memburu hati Elina membuat keadaan bertambah haru.
Si Bakhil Dengan Bunganya
Dia pernah melarikan diri dari tanah airnya – daripada luka dan kenangan. Tetapi kini, demi seorang anak kecil ... dia harus pulang.
Adib, enam tahun, menjadi yatim piatu dalam sekelip mata. Dalam wasiat terakhir ibunya, satu nama tertulis sebagai penjaga. Asyiqeen, sahabat lama yang kini menetap jauh di Melbourne.
Dilema Asyiqeen bermula. Tinggalkan karier berjaya, kehidupan selesa dan ... Ivan Obaydin, lelaki yang pernah mengisi ruang hatinya, tetapi tidak pernah memahami jiwanya. Ivan belum kenal dunia yang digenggam Asyiqeen; agama, prinsip dan pengorbanan.
“Memang aku cintakan dia. Tapi nasib aku selalu malang. Kami tak mungkin bersama sebab kami terlalu berbeza. Aku tak sanggup lepaskan pegangan aku kerana dia.” – Asyiqeen
“Aku akan berubah untuk kau. Kalau kau nak aku fahami budaya kau, aku akan cuba faham. Kalau kau nak aku percayakan Islam, aku akan percaya. Kalau kau rasa dengan cara ni kita boleh bersama, aku akan ikut semua yang kau nakkan.” – Ivan
Bila amanah dan cinta berselisih jalan, hanya satu perkara yang akan menentukan semuanya – hati yang benar-benar ikhlas.Subscribe to get special offers, free giveaways and once-in-a-lifetime deals.