** Akan mula di pos selepas buku PRE ORDER SIAP. Anggaran selepas 20 April
1. PRE ORDER Apa Jadi Kalau... Seram + Sekolah
Mari duduk. Ceritalah semua benda ke cikgu…”
Sekolah anda ada cerita seram? Itu baru sikit. Apa Jadi Kalau… Seram + Sekolah menghimpunkan 10 kisah paling fresh dan ngeri daripada barisan pemenang Sayembara Komikraf 2025!
Dari bilik kaunseling yang menyimpan atmosfera pelik, sehinggalah ke bilik darjah yang menyembunyikan rahsia gelap.Setiap helaian menjanjikan plot twist yang bakal membuatkan jantung anda berdegup kencang. Bersedialah untuk bertemu dengan guru yang mencurigakan, rakan sekolah yang "bukan manusia", dan pelbagai misteri yang tidak masuk akal.
Amaran: Selepas membaca komik ini, anda mungkin tidak lagi berani untuk ke tandas sekolah seorang diri.
2. Komik Dragania 1 - MF Ajif
Kesaktian Petaka Alam membolehkan dia menjelajah ke alam lain. Lantaran itu, dia berdepan dengan musuh yang tidak terduga. Pada saat yang genting itu, dia telah dibantu oleh Ratu Naga. Oleh kerana Petaka Alam ialah seorang pendekar sakti istimewa, Ratu Naga menganugerahkan Delima Naga Keramat kepadanya supaya kuasa dalaman Petaka Alam dapat dipertingkatkan sebagai perisai dan juga kesaktian baru.
Petaka Alam bukan sekadar pendekar sakti handalan, malah dia seorang yang penyayang. Namun, ada sesuatu yang menggusarkan hati serta perasaannya setelah dia mengambil seorang anak angkat. Dia menyangka dengan melatih anak angkatnya itu menggunakan ilmu kesaktian miliknya bakal menyelamatkan masa depan. Akan tetapi, semua itu di luar jangkaan Petaka Alam. Dia tetap berdepan dengan musuh yang amat menakutkan.
3. Komik Indera 1 - Fazrul Jaffar
Pemberontakan laksamana terhadap raja telah mengubah sejarah negeri. Peristiwa hitam itu mengakibatkan ilmu persilatan diharamkan, para pendekar ditangkap dan dihukum. Bertahun-tahun berlalu, negeri itu kekal di bawah peraturan ketat, memastikan tiada lagi sisa peninggalan laksamana yang boleh menggugat kuasa istana.
Di sebuah kampung terpencil, Indera menjalani kehidupan sederhana bersama ibunya, jauh daripada urusan kerajaan. Namun, kedamaian itu musnah apabila kampungnya dicerobohi penyamun yang datang menangkap ibunya untuk diserahkan kepada istana. Akibat daripada kekecohan itu, penduduk kampung mula khuatir dan ingin mengusir Indera keluar dari kampung.
4.
Komik Sekolah Banyak Penunggu Batch 2023 #1 - Nurul Syahida & Pixelasi
Demi mencari jawapan apa yang menyebabkan Pak Cik Baie mengalami serangan jantung di kedai koperasi SMAX, Fadzilah membuat keputusan untuk menjadi pekerja sementara di premis yang sama. Dalam pencariannya, dia bertemu Muhaimin yang punya banyak kisah misteri untuk diceritakan. Apa agaknya jawapan bagi pencarian Fadzilah?
"Petang tadi, sekolah kita dikejutkan dengan kehadiran pihak polis. Malangnya, ada seorang pekerja buruh Indonesia ditemui mati di dalam parit luar pagar sekolah." - Pengetua SMAKS
"Dua minggu lepas, Kak Jojet nampak hantu kembar kat tandas Blok A. Masa dia nak buang air." - Zana.
Akan mula di pos selepas buku PRE ORDER SIAP. Anggaran selepas 20 April