Sale

Kasihnya Dia

SEJAK kecil Rina Melati membesar di Rumah Anak-anak Yatim. Nilai-nilai agama diterap dan diamalkan agar dia menjadi muslimah solehah yang berdikari berlandaskan syariat. Namun, dugaan didatangkan ALLAH untuk menguji ketabahannya sebagai hamba. Dalam pencarian mencapai cita-citanya, Rina Melati hampir menjadi mangsa lelaki hidup belang. Muncul Khalid Afandi menjadi penyelamat. Lafaz syukur tidak henti-henti diucapkan.
Out of stock
Only 0 left
SKU
978-983-124-760-0
Now Only RM 18.70 Regular Price RM 22.00
SEJAK kecil Rina Melati membesar di Rumah Anak-anak Yatim. Nilai-nilai agama diterap dan diamalkan agar dia menjadi muslimah solehah yang berdikari berlandaskan syariat. Namun, dugaan didatangkan ALLAH untuk menguji ketabahannya sebagai hamba. Dalam pencarian mencapai cita-citanya, Rina Melati hampir menjadi mangsa lelaki hidup belang. Muncul Khalid Afandi menjadi penyelamat. Lafaz syukur tidak henti-henti diucapkan. Malang sekali bagi Rina Melati bila Khalid Afandi minta budinya dibalas dengan harga yang cukup murah. Lelaki itu mahu mengeksploitasi kecantikan si gadis dengan memaksanya menjadi model foto tercemar. Kesuciannya diperdagangkan dan Rina Melati terus terperangkap dalam cengkaman lelaki itu. Takdir menemukan gadis itu dengan Umar di dalam kereta api sewaktu perjalanan dari Kuala Lumpur ke Butterworth. Sejak itu, nama Umar bersemadi di dalam ingatannya. Kebetulan mereka belajar dalam satu kampus. Dia mengharapkan Umar menjadi teman istimewa untuk membimbingnya kembali ke jalan ILAHI. Malangnya, peristiwa ngeri mendatangi mereka di malam pertemuan. Umar hilang tanpa khabar berita. Begitu juga Khalid Afandi. Dalam meneruskan pengembaraan di bumi ALLAH, doa Rina Melati mahu menemui kembali Umar dimakbulkan. Tapi masih ada halangan untuk mereka menunaikan janji kasih yang tidak pernah diilafazkan. Dia pasrah dengan takdir hidupnya dan menyerahkan ketentuan ini kepada Yang Maha Esa. Dia redha jika inilah pembalasan terhadap kelalaiannya yang pernah alpa akan kekuasaan ALLAH SWT.
Write Your Own Review
Only registered users can write reviews. Please Sign in or create an account

No Related Posts

Free Shipping

Free Shipping

For order above RM150
(Peninsular Malaysia only)

Worldwide Shipping

Worldwide Shipping

Order with us with reasonable postage charge

VIP Card

VIP Card

Be our VIP member to get 20% off