Description
Zarif datang ke Kampung Kenchang hanya untuk mengkaji burung enggang. Namun, pertemuannya dengan pemburu haram dan kemunculan susuk misteri berkepala burung mengubah segalanya.
Ketika dia cuba merungkai ancaman yang semakin mendekat, mayat seorang wanita yang dilaporkan hilang ditemui di rumahnya. Dalam sekelip mata, Zarif bukan sahaja menjadi suspek, malah terheret ke dalam rahsia lama yang dipenuhi dendam, luka dan pengkhianatan.
Dengan pembunuh yang masih bebas dan bahaya semakin menghampiri, Zarif harus memilih antara melarikan diri atau kekal bertahan.
Kerana ada kebenaran yang harus ditegakkan dan ada perjuangan yang tidak boleh dihentikan.
Genre : SLICE OF LIFE, THRILLER, KOMEDI
Halaman : 416 mukasurat