[JPG] Anggun Mikayla + Cinta Di Blue Mountain
PROMOSI JUALAN PECAH GUDANG! HANYA RM20 SAHAJA! JIMAT RM31!
Sinopsis Anggun Mikayla:
Harga Asal: RM28
Dia Mikayla, gadis anggun yang bukan tipikal untuk kau jumpa hari-hari. Aneh! Biarpun kepalanya dilempar batu, telinganya dihentam kata cacian dan tubuhnya disiat luka, dia masih mampu tersenyum buat dunia. Kewujudannya dinafi. Namun, Mikayla tidak ampuh membenci mereka yang membencinya.
Keanggunan Mikayla menggetarkan tiga jiwa. Namun, obsesinya masih satu, mendapatkan secebis kasih daripada insan yang enggan mengakui kewujudannya.
Sinopis Cinta Di Blue Mountains
Harga Asal: RM23
Awadilia dan Fahmi Sazly saling menyintai antara satu sama lain. Tetapi lelaki itu, tidak pernah melafazkan kata. Pinangan keluarga lelaki itu ditolak. Dia tahu, dia bukannya pilihan hati Fahmi Sazly tapi kemahuan keluarganya. Dengan hati yang remuk, Awadilia mengahwini Dani dan berhijrah ke Australia.
Tidak lama selepas itu, Dani pergi menghadap Ilahi. Hanya Jimie, anak tirinya sebagai teman pengubat duka. Selepas enam tahun, Awadilia kembali ke Malaysia. Fahmi Sazly muncul dan mengaku masih mencintainya. Hati Awadilia terubat. Cinta mereka mula bertaut. Tetapi malangnya, jodoh mereka bukan di dunia. Awadilia pasrah. Dia yakin Fahmi Sazly redha andai lelaki lain yang menjadi pendamping hidupnya.