-15%

Jangan Biar Dia Masuk

Sembilan keturunan syaitan, dia salah seorang mewarisinya...
Out of stock
Only 0 left
SKU
978-967-446-186-7
Now Only RM 26.35 Regular Price RM 31.00
Sembilan keturunan syaitan, dia salah seorang mewarisinya... Laqqus, keturunan syaitan yang tugasnya menghasut manusia agar mensyirikkan ALLAH. Apa yang dialami keluarga Anje dan Adika, adalah permainan halus syaitan ini. Daripada benih pasangan suami isteri inilah, lahir tiga zuriat yang mana salah seorangnya berjaya digelapkan imannya. Bermacam kerosakan telah dilakukan hingga Kampung Tenung Bulan tidak lagi aman damai. Khurafat bermaharajalela. Amalan ilmu hitam bertuan dihidupkan. Maya, gadis Kuala Lumpur yang tidak tahu tentang asal usul keturunannya menjadi mangsa. Dia dan kawan-kawannya, Defi, Suraya, Laila dan Rafidah, dihantui dengan satu per satu siri kejadian aneh dan menyeramkan. Hinggalah salah seorang daripada mereka dirogol dan dibunuh dengan sadis bagi menyempurnakan amalan ilmu hitam itu. Mereka ketakutan. Datang Haris sebagai penyelamat. Datang Inspektor Intan cuba membantu. Tetapi, mereka tidak sedar satu perkara. Permainan syaitan itu cukup licik dan mengelirukan! Berjayakah lima sekawan merungkai kisah di sebalik yang berlaku? Apa pula kaitan mereka dengan Anje dan Adika? Kampung Tenung Bulan, apakah misterinya? “Sebelum tu, kami terdengar satu bunyi aneh. Bunyi muzik gamelan. Entah dari mana. Tiba-tiba kau pulak seperti dirasuk sesuatu. Kau menari...” – Maya “Selang satu keturunan, pasti ada pertemuan dan kematian!” – Ambarsari “Dengan manusia, kita lawan dengan kudrat. Dengan syaitan, kita tentang dengan ayat-ayat suci al-Quran.” – Darma
Write Your Own Review
Only registered users can write reviews. Please Sign in or create an account