Description
IQRA Teknik Pantas Baca al-Quran ini mengandungi dua bahagian iaitu Asas Bacaan dan Asas Tajwid. Pengisiannya lebih kepada mempraktikkan kaedah mengenal, mengeja, menyebut, menulis dan membaca huruf Hijaiyyah yang berbaris serta bertanda dengan betul.
Naskhah ini sesuai untuk semua peringkat usia kerana:
- KONDUSIF Panduan baris dan tanda berwarna untuk memudahkan pemahaman topik.
- INTERAKTIF Dilengkapi dengan QR codevideo pilihan cara sebutan yang tepat daripada penulis.
- PRAKTIKAL Terdapat contoh yang banyak, topik tersusun agar kita cepat mahir belajar al-Quran dan mudah dibawa ke mana sahaja kerana saiznya yang kecil.
Walau bagaimanapun, naskhah ini hanya sebagai rujukan sahaja kerana pembelajaran secara berguru dan mengulang kaji sangat perlu dalam mempelajari ilmu al-Quran yang tepat. Di samping itu juga, ia dapat memantapkan lagi pemahaman dan menguatkan lagi daya ingatan kita terhadap ilmu ini.