Iqra' (Cara Cepat Pandai Baca Al-Quran)
Buku Iqra' (Cara Cepat Pandai Baca Al-Quran) ini adalah terbaik untuk semua golongan umur yang mahu tahu asas-asas huruf, makhraj, dan tajwid dalam Al-Quran.
Pembaca boleh mengenal baris, tanda dan bacaan panjang di dalam Al-Quran.
Terdapat koleksi 23 surah pilihan untuk dijadikan hafazan dan bacaan harian.
Buku ini juga padat dengan ringkasan asas ilmu tajwid bagi pembaca Al-Quran seperti hukum nun mati, mim mati, qalqalah, hamzah wasal dan bacaan Ghaib dalam Al-Quran.
Buku yang juga bersaiz A5 ini ringan dan mudah dibawa untuk pembaca membacanya di mana-mana sahaja.
Pengisian buku ini lebih kepada asas mengenal setiap huruf Hijaiyyah, baris dan cara tulisan dalam ejaan serta asas memahami ilmu tajwid dan tanda-tanda di dalam al-Quran. Latihan juga disediakan sebagai cara mengulangkaji bab yang dipelajari bagi mengukuhkan lagi pemahaman para pelajar. BONUS! 23 surah pilihan daripada Juzuk 30 untuk permulaan hafazan.
Tajuk: IQRA'
Penulis : Hisyamuddin Kamarudin
ISBN : 978-967-86-0957-9
Harga : RM15.00
M/s : 120 halaman
Publisher | Karya Bestari |
---|