Sale

Intuisi (THRILLER) - Saiful Amin

Dunia ini ada dua sisinya. Di kala siang dan juga di kala malam. Cakap-cakap orang kononnya entiti hidupan di kala malam adalah pemalu. Kerana itulah jarang sekali berlakunya pertemuan di antara kedua-duanya. Meskipun begitu, pertemuan yang tidak dijangkakan berlaku akhirnya. Naim yang setelah sekian lama terselamat daripada pertemuan dengan Jabat Kencana akhirnya membuka pintu kepada perjumpaan kedua-duanya. Minatnya yang mendalam kepada paranormal menjadi duri dalam daging. Bersama-sama tiga sahabatnya, mereka meredah alam angker bersenjatakan kamera dan juga semangat mengembara. Misi utama mereka cuma satu. Merakam puaka yang menghantui lokasi-lokasi menyeramkan dan menyebarkannya ke alam maya. “Aku tak tipulah! Aku betul-betul pernah nampak hantu!” Naim. “Kau dah lupa aku? Masa kau kecil-kecil dulu aku pernah datang jumpa kau.” Jabat Kencana. “Angah, apa kau buat? Budak ni keluarga aku. Jangan kau pekik-pekik kat dia. Kau pergi balik!” Tok cik.
In stock
SKU
978-967-498-021-4
Now Only RM 23.80 Regular Price RM 28.00
Novel ini banyak mengisahkan aktiviti paranormal yang dijalankan oleh watak utama, Naim dan rakan-rakan. Tapi yang peliknya, mereka semua ni penakut. Demi mencabar diri sendiri, mereka sanggup buat untuk mengatasi perasaan takut. Sehinggalah setiap seorang daripada mereka diganggu. Dalam diam, Jabat Kencana juga mengintip mereka di sebalik kegelapan. Perjanjian lama yang cuba dilupakan masih digenggam erat. Banyak kisah misteri yang akan terungkai satu per satu di akhir cerita nanti. JUDUL: INTUISI ISBN: 978-967-498-021-4 HALAMAN: 448 HARGA: RM28.00 KELUARAN: APRIL 2019

More Information
Publisher Alaf 21
Write Your Own Review
Only registered users can write reviews. Please Sign in or create an account

No Related Posts

Free Shipping

Free Shipping

For order above RM150
(Peninsular Malaysia only)

Worldwide Shipping

Worldwide Shipping

Order with us with reasonable postage charge

VIP Card

VIP Card

Be our VIP member to get 20% off