Description
3 PEMBELI TERAWAL AKAN MENERIMA SEJADAH EKSKLUSIF DARI KARYA BESTARI. CEPAT DAPATKAN SEBELUM KEHABISAN STOCK!
Cukupkah sekadar solat lima waktu? Maghrib, Isyak, Subuh, Zohor dan Asar? Inilah lima masa yang kita ada untuk mendekatkan diri kepada Allah secara akrab lagi intim. Kita memohon petunjuk hidayah agar diselamatkan daripada jalan kesesatan dan tetap terus berada atas jalan kebenaran. Semua kita meminta perkara yang sama.
Namun pada masa yang sama, Allah masih memberikan Âjatah waktu-Nya kepada kita untuk memohon perkara-perkara lain yang selain daripada apa yang kita minta dalam solat lima waktu, kerana Dia tahu kita ini ada saja mahunya, kerana permintaan kita tidak semestinya sama dengan orang lain. Dia tidak mahu kita terasa terasing dengan kehendak-kehendak sendiri.
Solat-solat sunat disyariatkan sebagai wahana memenuhi permintaan kita ini. Kita hanya perlu bangun dan Âlepaskan segala hajat serta harapan kepada Tuhan. Mintalah, Allah pasti akan kabulkan.
Solat-Solat Sunat:
- Solat Hajat
- Solat Rawatib
- Solat Dhuha
- Solat Isyraq
- Solat Istikharah
- Solat Istisqa
- Solat Ihram
- Solat Tawaf
- Solat Witir
- Solat Taubat
- Solat Gerhana
- Solat Jenazah
- Solat t=Tarawih
- Solat Tahajud
- Solat Musafir
- Solat Tasbih
- Solat Wuduk
- Solat Dua Hari Raya
- Solat Tahiyatul Masjid