-15%

Hijab

Bila hijab dibuka, terbongkar rahsia keghaiban! ISBN: 978-967-446-339-7 HALAMAN: 384 HALAMAN
In stock
SKU
978-967-446-339-7
Now Only RM 20.40 Regular Price RM 24.00
Annisa Faiha seorang gadis yang tegas dan berani. Dia mengambil alih tanggungjawab sebagai ketua keluarga kepada emak dan tiga orang adik perempuannya. Mereka mengharungi pelbagai dugaan. Keluarganya sering dianiaya oleh si pengamal ilmu hitam. Akibat kemurungan yang melampau atas kehilangan emak dan adik bongsunya, Annisa Faiha tidak menyedari jiwanya yang tertekan dan kosong itu memberi peluang kepada makhluk lain mengawal dirinya. Sehinggakan dia alpa kehambaannya kepada TUHAN Yang Esa! Lantaran jiwanya telah ditakluki, Annisa Faiha semakin lupa diri dan riak setelah menyedari dirinya dikurniakan kelebihan dibukakan HIJAB pancaindera. Kelebihan yang diperolehinya itu telah disalahgunakan dengan membalas dendam kepada orang yang bertanggungjawab menyebabkan emak dan adik bongsunya terkorban. Setelah dendamnya terbalas, Annisa Faiha pula diculik ke dalam dunia ghaib dan diminta tinggal di situ buat selama-lamanya. Betahkah Annisa Faiha tinggal di situ? Apa kaitan Annisa Faiha dengan makhluk dunia ghaib itu? Berjayakah Annisa Faiha keluar dari dunia ghaib itu? Segala persoalan ada di dalam HIJAB!
More Information
Publisher Buku Prima
Write Your Own Review
Only registered users can write reviews. Please Sign in or create an account