Description
Cerita ini mengisahkan seekor gagak yang kehausan kerana musim kemarau. Setelah lama mencari air, gagak menemui sebuah botol yang mengandungi sedikit air, tetapi muncungnya terlalu sempit untuk diminum.
Gagak mendapat idea untuk memasukkan batu-batu kecil ke dalam botol supaya paras air naik. Usaha itu berjaya dan gagak dapat minum dengan puas. Cerita ini mengajar kita supaya berusaha dan tidak mudah berputus asa.