Sale

Gaduh-Gaduh Sayang - Immaz Huda

"Papa nak jodohkan aku dengan anak kawan dia? Aku baru putus cinta dengan Aiman. Aku tak nak di kecewakan lagi. Baik aku menyamar jadi gemuk masa jumpa lelaki tu. Lepas tu mekap tebal-tebal dan pakai cermin mata. Bila dia nampak aku buruk, mesti dia tak jadi nak kahwin dengan aku." Syazana memasang tekad.

"Demi menyelamatkan syarikat papa, aku terpaksa berkorban untuk dijodohkan dengan perempuan yang aku tak kenal. Aku redha walau aku masih teringatkan Qistina. Tapi aku nak perempuan tu terima aku seadanya. Bukan sebab aku handsome. Apa kata aku pakai gigi palsu besar, berperut buncit, berjambang dan botak tengah kepala."
Rafi qi merancang. Kalau sudah jodoh, akhirnya kahwin juga.

Selepas kahwin, Rafi qi duduk sebelah rumah Syazana. Tidak mahu jatuh cinta kononnya. Apabila Syazana bosan, dia selalu datang rumah Rafi qi. Menonton televisyen sama-sama, main game PS sama-sama, makan sama-sama... Tapi ada sahaja yang membuatkan mereka bergaduh. Sudah gaduh, baik semula. Sudah baik, bergaduh semula.

Hai... entah sampai bilalah hubungan mereka bertahan.

Out of stock
Only 0 left
SKU
978-983-124-814-0
Now Only RM 20.40 Regular Price RM 24.00
More Information
Publisher Alaf 21
Write Your Own Review
Only registered users can write reviews. Please Sign in or create an account
Free Shipping

Free Shipping

For order above RM150
(Peninsular Malaysia only)

Worldwide Shipping

Worldwide Shipping

Order with us with reasonable postage charge

VIP Card

VIP Card

Be our VIP member to get 20% off