Description
Hendak belajar Sains perlulah ada roh! Pelbagai cara dilakukan untuk menarik minat pelajar mencintai Sains. Insya-Allah, buku comel ini boleh membuatkan anda senyum sampai telinga!
- Konsep bukunya yang berwarna-warni, sempoi dengan kartunnya dengan cuba meminimakan penggunaan teks.
- Ada disertakan teknik mengingat/menghafal yang mudah.
- Penulis sudah dikenali ramai di FB malah mempunyai ramai pengikut.
- Koleksi siri bukunya merupakan best-seller dalam carta jualan buku umum.
- Menggunakan pendekatan berbeza untuk menarik minat pelajar belajar iaitu dengan menggunakan kemahirannya melukis kartun dan mengaitkannya dengan topik pelajaran tertentu.
- Ditulis oleh penulis yang juga bekas guru & pelukis serta berpengalaman luas dalam mengajar Matematik, Matematik Tambahan, Sains, Fizik, Kimia & Biologi.