Sale

Dulu Pencuci Kini Pengurus

MOHD RAFI hanya sebagai seorang tukang cuci - kerjaya yang tidak pernah diangan kan oleh sesiapa pun. Hakikatnya, kerjaya itulah yang membawanya ke tahap yang lebih baik hari ini.
In stock
SKU
978-983-124-786-0
Now Only RM 9.35 Regular Price RM 11.00
MOHD RAFI hanya sebagai seorang tukang cuci - kerjaya yang tidak pernah diangan kan oleh sesiapa pun. Hakikatnya, kerjaya itulah yang membawanya ke tahap yang lebih baik hari ini. Rasa malu yang menebal digantikan dengan usaha gigih untuk menjadi tukang cuci yang terbaik. Hasil dorongan penyelianya, Mohd Rafi berjaya membuktikan dirinya juga mampu berdiri setanding orang lain. Kejayaannya bukan datang bergolek. Dia berusaha tanpa berputus asa dan tanpa mengira jemu berserta kesabaran yang jitu. Dia tidak hanya berserah pada nasib, tetapi terus cuba memperbaiki diri agar tidak perlu terus-terusan berasa malu. Dia percaya, dia juga mampu berjaya seperti orang lain. Buku ini pilihan tepat untuk anda yang sedang mencari formula bagi membantu memecahkan tembok kebal dalam diri yang sering menjadi penghalang kejayaan. Tanpa keberanian dan kepercayaan pada diri sendiri, mana mungkin kita dapat mengukir bintang di langit? Sama ada mahu menjadi orang yang produktif atau malas, menguntungkan atau merugikan, berguna atau tidak berguna, penyumbang atau pemusnah, berjaya atau kecundang, KITALAH yang menentukannya!
More Information
Publisher Alaf 21
Write Your Own Review
Only registered users can write reviews. Please Sign in or create an account

No Related Posts

Free Shipping

Free Shipping

For order above RM150
(Peninsular Malaysia only)

Worldwide Shipping

Worldwide Shipping

Order with us with reasonable postage charge

VIP Card

VIP Card

Be our VIP member to get 20% off