Sale

Doa & Tip Keluarga Bahagia

KEBAHAGIAAN sesebuah rumah tangga itu tidak datang bergolek. Ciptalah melalui cinta yang sejati untuk merasai bagaimana manisnya keharmonian itu.
In stock
Only 1 left
SKU
978-967-86-0370-6
Now Only RM 13.60 Regular Price RM 16.00
KEBAHAGIAAN sesebuah rumah tangga itu tidak datang bergolek. Ciptalah melalui cinta yang sejati untuk merasai bagaimana manisnya keharmonian itu. Amalkan sikap saling memberi dan menerima setiap kelebihan dan kekurangan pasangan kerana tiada satu makhluk pun yang diciptakan serba sempurna. Mohonlah kepada-NYA agar kehidupan kita sentiasa dipayungi dengan nikmat sakinah, mawaddah dan rahmah. Ceriakanlah diri agar tidak mudah melatah dengan mainan hidup di dunia yang fana ini. Andai sesekali diuji, anggaplah bahawa cabaran itu adalah untuk memantapkan lagi iman kita. Jadikanlah hati kita hati yang sentiasa bersyukur, lidah yang berzikir dan akal yang berfikir. DOA & TIP KELUARGA BAHAGIA ini amat sesuai sebagai pedoman agar hidup kita sentiasa diiringi doa, harapan dan kasih sayang. Lihatlah... betapa indahnya perjalanan kehidupan bulan yang sentiasa bertolak ansur dengan matahari. Pabila waktu malam sudah sampai penghujungnya, bulan seolah-olah memberi laluan untuk matahari keluar dari persembunyian. Begitulah perancangan dan ketetapan ALLAH yang sangat teratur dan penuh makna tersirat. Moga kita dapat mencontohinya; tenang membina kebahagiaan di dunia dalam landasan TUHAN, di akhirat pula mendapat ganjaran yang dijanjikan. Insya-ALLAH.
Write Your Own Review
Only registered users can write reviews. Please Sign in or create an account

No Related Posts

Free Shipping

Free Shipping

For order above RM150
(Peninsular Malaysia only)

Worldwide Shipping

Worldwide Shipping

Order with us with reasonable postage charge

VIP Card

VIP Card

Be our VIP member to get 20% off